MyKasih Semakan Bayaran 2025: Semak Status Kelayakan Penerima

MyKasih Semakan Bayaran 2025: Semak Status Kelayakan Penerima

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 diteruskan secara bulanan bagi membantu rakyat memenuhi keperluan asas. Tahun ini, kerajaan telah menambah bilangan penerima yang layak, memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Bagaimana cara semakan bayaran MyKasih 2025 dan menyemak status kelayakan penerima? Ikuti panduan lengkap di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH SEMAKAN BAYARAN 2025

BACA JUGA : Semakan MyKasih 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus

JENIS BAYARAN MYKASIH 2025

Jenis bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih kepada penerima adalah secara tanpa tunai (cashless) setiap bulan melalui kad pengenalan (MyKad) bagi membolehkan rakyat membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) dengan selamat tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.

TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025

Setiap bulan, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih akan dibayar mengikut tarikh seperti berikut :

  • Bermula 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 (bayaran pada setiap 1 hari bulan setiap bulan) kepada penerima Miskin dan Miskin Tegar;
  • Bermula 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 (bayaran pada setiap 1 hari bulan setiap bulan) kepada penerima Asas Bukan Miskin.

JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih dibayar kepada setiap penerima mengikut jumlah yang ditetapkan berdasarkan kelayakan seperti berikut :

  • Kelayakan Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100/RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun.
    • Warga Emas : RM100/RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun.
    • Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
  • Kelayakan Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.

*Nota : Sekiranya baki pada bulan sebelum tidak digunakan, akan dibawa ke bulan seterusnya dan penerima boleh menggunakan untuk bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

MYKASIH SEMAKAN BAYARAN 2025

Untuk mengetahui status bayaran Sumbangan Asas Rahmah (STR), ikuti panduan semakan bayaran di pautan MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan bersama jumlah.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.