Sarawak Gov My Login: Semak Kelayakan Bantuan SKAS RM250, RM400, RM800 2025

Sarawak Gov My Login: Semak Kelayakan Bantuan SKAS RM250, RM400, RM800
Bagi warga Sarawak yang telah mendaftar dengan Sarawak ID yang sah, kini anda boleh membuat semakan status kelayakan untuk Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025. Bantuan ini melibatkan jumlah RM250, RM400, dan RM800, yang akan disalurkan pada suku pertama tahun 2025.

Bagaimana cara login di Sarawak Gov My untuk menyemak kelayakan anda bagi bantuan SKAS? Ikuti panduan lengkap tentang cara untuk log masuk dan cek status kelayakan anda di bawah!

BACA JUGA : STR 2025 CEK STATUS : (FASA 1) CHECK LAYAK ATAU TIDAK

PAUTAN SARAWAK GOV MY LOGIN

Berikut merupakan pautan Laman Rasmi Sarawak Gov My yang boleh diakses oleh warga Sarawak untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2025 :

PERKARAPAUTAN
Laman Rasmi
Sarawak Gov My
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/

PANDUAN SEMAKAN SARAWAK GOV MY LOGIN

Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah sebelum membuat semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  3. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan butang untuk semakan akan dipaparkan.
  4. Klik pada butang [Check Eligibility].
  5. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  6. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  7. Klik butang [NEXT].
  8. Kemudian, klik [My Individual Account].
  9. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  10. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  11. Klik butang [Search].
  12. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus‘ atau ‘Tidak‘ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN SKAS SARAWAK GOV MY 2025

Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju untuk memperuntukan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sebanyak RM450 juta khas untuk lebih 850,000 ribu penerima yang merupakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Sarawak.

KADAR AMAUN BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Kadar amaun Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan mengikut kelayakan penerima iaitu bagi kategori bujang akan menerima RM250, warga emas pula akan menerima RM400 dan kategori isi rumah akan menerima RM800.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan dibayar kepada 850,000 ribu penerima yang telah disahkan layak akan bermula pada suku pertama tahun 2025 namun tarikh rasminya belum diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

*Sekiranya, tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) telah diumumkan secara rasmi, pihak kami akan mengemaskini kembali.

CARA BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Seperti yang ditegaskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, bahawa Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tidak akan dibayar secara tunai kepada penerima, namun ianya akan dibayar secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun aplikasi S PAY Global.

Dan penerima boleh menggunakan aplikasi S PAY Global untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/./sla_