Sarawak Pay Bantuan 2025: Semakan Status Penerima Bayaran (RM250, RM400 & RM800)

Sarawak Pay Bantuan 2025: Semakan Status Penerima Bayaran (RM250, RM400 & RM800)

Kerajaan Sarawak memperkenalkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana mendapatkan makanan asas. Bantuan ini disalurkan melalui Sarawak Pay, sebuah platform pembayaran digital khusus untuk rakyat Sarawak.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan penerima bantuan Sarawak Pay 2025? Ketahui info lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SARAWAK PAY BANTUAN 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/e-wallet-200-2025/

APA ITU SARAWAK PAY 2025

Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang dikreditkan dalam bentuk baucar digital iaitu SARAWAK PAY atau S Pay Global bagi memudahkan urusan pembelian barangan keperluan asas dapur seperti beras, tepung, minyak masak dan sebagainya secara tanpa tunai (cashless) sahaja.

KELAYAKAN PENERIMA SARAWAK PAY BANTUAN

  • Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Kategori Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

KADAR BAYARAN SARAWAK PAY BANTUAN

Setiap kategori akan menerima kadar bayaran Sarawak Pay Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN BANTUAN
ISI RUMAHRM800
WARGA EMASRM400
BUJANGRM250

TARIKH BAYARAN SARAWAK PAY BANTUAN

Pembayaran Sarawak Pay Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang pertama (1) adalah bermula pada tarikh :

PERKARATARIKH BAYARAN
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas
Sarawak (SKAS)
18 Februari 2025, Selasa

CHECK STATUS SARAWAK PAY BANTUAN 2025

Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah sebelum membuat semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  3. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  4. Tekan butang [Check Eligibility].
  5. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  6. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  7. Klik butang [NEXT].
  8. Kemudian, klik [My Individual Account].
  9. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  10. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  11. Klik butang [Search].
  12. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

PROSES PENERIMAAN SARAWAK PAY BANTUAN

Berikut merupakan proses penerimaan Sarawak Pay Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) :

  • Download/Muat Turun aplikasi S PAY GLOBAL.
    • Aktifkan akaun anda dengan melengkapkan pendaftaran.
  • Semak kelayakan SKAS.
    • Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan status kelayakan.
    • Pastikan maklumat akaun S PAY GLOBAL anda dikemas kini.
  • Sahkan tuntutan bantuan.
    • Log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL.
    • Ikuti arahan untuk mengesahkan penerimaan bantuan SKAS.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS SARAWAK, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.