Semakan Bantuan Sarawak Pay 2025: Cek Kelayakan Penerima RM800, RM400 & RM250

Semakan Bantuan Sarawak Pay 2025: Cek Kelayakan Penerima RM800, RM400 & RM250

Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan inisiatif bantuan kewangan melalui S Pay Global bagi membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan asas harian. Bantuan ini melibatkan kategori bayaran sebanyak RM800, RM400, dan RM250, bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Sarawak.

Bagaimanakah cara menyemak status kelayakan dan pembayaran Bantuan Sarawak Pay 2025? Ketahui maklumat lengkap di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SARAWAK PAY BANTUAN 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-sabah-rm300-2025/

APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK

Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) merupakan bantuan kewangan oleh Kerajaan Sarawak kepada rakyatnya melalui baucar digital iaitu e-dompet S Pay Global khusus untuk pembelian barangan makanan asas harian seperti beras, tepung, dan minyak masak di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar sebagai merchant S PAY GLOBAL.

CARA MOHON BANTUAN SKAS SARAWAK

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 secara automatik menerima bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tanpa sebarang permohonan.

Namun begitu, jika mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 tetapi memenuhi kriteria kelayakan bantuan SKAS, permohonan rayuan SKAS boleh dikemukakan bermula 1 Februari 2025 sehingga 31 Mac 2025 melalui PORTAL RASMI KERAJAAN NEGERI SARAWAK.

Keputusan rayuan permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawa bermula pada 1 Jun 2025.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARAWAK 2025

Penyaluran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) Sarawak seperti berikut:

BANTUANKAEDAH PENYALURAN SKAS
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)Bantuan akan dikreditkan dalam bentuk Baucar Digital Sarawak melalui S PAY GLOBAL.

Mereka yang tidak mempunyai akaun S PAY GLOBAL, hendaklah membuat pendaftaran dan mengaktifkan akaun tersebut untuk menerima pembayaran bantuan Sarawak.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Pembayaran Bantuan SKAS Sarawak dijadualkan seperti berikut:

JENIS BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)18 Februari 2025
(Selasa)

Bantuan ini akan disalurkan kepada 886,288 penerima yang layak berdasarkan jumlah penerima STR.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Kelayakan permohonan dan penerima bantuan SKAS 2025 seperti:

  • Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’ yang menetap di Sarawak; DAN
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2024.
  • Kategori Penerima
    • Isi Rumah
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK

Semakan status kelayakan secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://sarawak.gov.my/
  2. Kemudian, klik [Check Eligibility].
  3. Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan [Sarawak ID] anda. Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak ID, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
  4. Klik [My Individual Account].
  5. Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status dan tekan [Search].
  6. Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
  7. Selesai.

PANDUAN PENDAFTARAN SARAWAK ID

Jika masih belum mempunyai Sarawak ID, pendaftaran Sarawak ID boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://sarawak.gov.my/
  2. Pilih [Jenis Pengenalan].
  3. Lengkapkan [Profil] anda dan klik [Teruskan].
  4. Lengkapkan [Butiran Akaun] dan klik [Teruskan].
  5. Masukkan [Nombor Telefon Bimbit] atau [e-Mel] untuk terima OTP dan Klik [Hantar].
  6. Masukkan [OTP] yang diterima dan Klik [Hantar].
  7. Kemudian, [Verified] akan dipaparkan pada Sistem, dan Klik [Teruskan].
  8. Selesai.

TERLUPA SARAWAK ID

Jika anda terlupa Sarawak ID yang anda miliki, Sarawak ID boleh didapatkan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://sarawak.gov.my/
  2. Klik pautan Sarawak ID.
  3. Kemudian, Pilih [Jenis Akaun].
  4. Masukkan [Nombor Pengenalan] dan Pilih [Kaedah Pengesahan].
  5. Masukkan [Nombor Telefon Bimbit] atau [e-Mel] untuk terima OTP dan Klik [Hantar].
  6. Masukkan [OTP] yang diterima dan Klik [Hantar].
  7. Sarawak ID anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawahRM 400
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM 250

PANDUAN PENGAKTIFAN AKAUN S PAY GLOBAL

Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL, langkah pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL seperti berikut:

  1. Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari Google Play Store (pengguna Android) atau Apple App Store (pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
  3. Kemudian, masukkan butiran maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap. pada bahagian pendaftaran.
  4. Muat naik gambar MyKad anda.
  5. Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui e-mel atau SMS.
  6. Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan.
  7. Kemudian, Log Masuk.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

SKAS Sarawak

S PAY GLOBAL

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/