Bantuan Tunai Rahmah 2025 Fasa 1: Semakan Kelayakan & Info Terkini
Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Bantuan Tunai Rahmah (BTR) 2025 Fasa 1 pada 22 Januari 2025 (Rabu). Langkah ini, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion, bertujuan memastikan kebajikan rakyat, khususnya golongan rentan dan berpendapatan rendah, terus diberi perhatian.
Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan penjelasan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/sumbangan-tunai-rahmah-fasa-1/
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 FASA 1
Pihak Kementeria Kewangan (MOF) telah memaklumkan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 yang bermula pada :
KAEDAH PENERIMAAN BAYARAN | TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 |
---|---|
Kredit Dalam Akaun Bank Penerima | Bermula 22 Januari 2025 sehingga 28 Januari 2025 |
Tunai Di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bermula 22 Januari 2025 |
KAEDAH PENERIMAAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Kaedah pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENERIMAAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 |
---|---|
Isi Rumah B40 | Semua : RM500 |
Isi Rumah M40 | RM150 hingga RM300 (bergantung bilangan anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
BILANGAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seramai :
KATEGORI PENERIMA | BILANGAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 |
---|---|
Isi Rumah B40 | 2.8 juta |
Isi Rumah M40 | 1.0 juta |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1.3 juta |
Bujang | 3.2 juta |
*Menjadikan keseluruhan penerima yang layak menerima Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta. Bagaimanapun bilangan penerima bakal bertambah seiring dengan pendekatan permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun 2025.
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 FASA 1
Bagi yang ingin mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1, ikuti panduan lengkap semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.