Semakan e-Kasih 2025: Cara Semak Kelayakan Penerima Bantuan

Semakan e-Kasih 2025: Cara Semak Kelayakan Penerima Bantuan

Berdasarkan rekod terkini data e-Kasih 2025, lebih 700,000 individu, termasuk ketua isi rumah dan ahli isi rumah, telah disahkan layak menerima pelbagai bentuk bantuan sepanjang tahun ini. Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan sokongan kewangan dan bantuan lain yang diperlukan.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status e-Kasih 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Panduan Lengkap mySalam: Login, Pendaftaran & Tuntutan (2025)

APA ITU E KASIH 2025

E-Kasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Negara yang mengandungi data ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang berpendatan di bawah garis kemiskinan yang secara automatiknya layak untuk menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kementerian kerajaan dan agansi.

Antara bantuan yang akan diberikan secara automatik kepada penerima e-Kasih adalah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 ini.

JUMLAH BANTUAN SARA E KASIH 2025 DISALURKAN

Bantuan SARA yang disalurkan kepada penerima e-Kasih adalah lebih banyak daripada penerima bukan e-Kasih seperti berikut :

  • Penerima Bantuan SARA e-Kasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
DISALURKAN
ISI RUMAHRM2,100 setahun
(RM100 / RM200 sebulan)
WARGA EMASRM1,650 setahun
(RM100 / RM150 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)
  • Penerima Bantuan SARA Bukan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
DISALURKAN
ISI RUMAHRM900 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMASRM450 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGTiada

SEMAKAN E KASIH 2025

Bagi yang telah mendaftar e-Kasih, boleh membuat semakan pendaftaran seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA e-Kasih, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA E KASIH 2025

  • SARA e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

TEMPOH BANTUAN SARA E KASIH 2025 DISALURKAN

Berikut merupakan tempoh penyaluran Bantuan SARA kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH PENYALURAN
BANTUAN SARA
Penerima e-KasihDisalurkan selama tempoh 12 bulan
(15 Januari 2025 hingga Disember 2025)
Penerima Bukan e-KasihDisalurkan selama tempoh 9 bulan
(April 2025 hingga Disember 2025)

*Nota : Penggunaan Bantuan SARA adalah sah sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

CARA PENYALURAN BANTUAN SARA E KASIH 205

Penyaluran Bantuan SARA kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih adalah sama untuk semua negeri penerima termasuk di Sabah dan Sarawak, iaitu Kerajaan akan mengkreditkan bantuan secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (MyKad).

Penerima yang layak akan menerima makluman daripada MyKasih dan penerima boleh terus menggunakan kad pengenalan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.