Semakan Bantuan eKasih RM1200 2025: Cek Status Layak atau Tidak
Pendaftaran dalam program eKasih memberikan keistimewaan kepada individu atau ketua isi rumah untuk menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kementerian kerajaan dan agensi berkaitan. Bantuan ini bertujuan menyokong program pembasmian kemiskinan secara menyeluruh.
Ingin tahu cara semak bantuan eKasih RM1200 untuk menentukan kelayakan anda? Panduan lengkap semakan status eKasih disediakan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-asas-rahmah-2025/
APA ITU BANTUAN EKASIH RM1200 2025
Bantuan e-Kasih yang berjumlah RM1,200 adalah merupakan sebuah bantuan tambahan daripada kerajaan di bawah program MyKasih yang akan disalurkan kepada orang awam atau ketua isi rumah yang layak mendaftarkan diri dengan e-Kasih.

JENIS AGIHAN BANTUAN EKASIH RM1200
Jenis agihan Bantuan e-Kasih yang berjumlah RM1,200 adalah bergantung kepada negeri penerima seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | JENIS AGIHAN |
---|---|
SEMENANJUNG MALAYSIA | Dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam akaun kad pengenalan penerima setiap bulan untuk pembelian tanpa tunai (cashless) |
SABAH DAN SARAWAK | Dikreditkan secara tunai ke dalam akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) setiap dua kali setahun |
JADUAL AGIHAN BANTUAN EKASIH RM1200 2025
Pengagihan Bantuan e-Kasih yang berjumlah RM1,200 adalah secara ansur mengikut jadual yang ditetapkan bagi penerima di setiap negeri seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | TARIKH AGIHAN |
---|---|
SEMENANJUNG MALAYSIA | Setiap bulan bermula : Januari 2025 sehingga : Disember 2025 |
SABAH DAN SARAWAK | Dua kali setahun bermula : Februari 2025 dan : September 2025 |
*Bagaimanapun tarikh akan dikemaskini semula mengikut tarikh rasmi yang akan diumumkan oleh kerajaan nanti.
SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM1200 2025
Untuk semakan status e-Kasih, sila layari pautan rasmi di bawah :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
ATAU semak pada pautan MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan e-KASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03.