MyKasih SARA 2025: Semakan Kelayakan Bantuan RM600, RM900 & RM1200

MyKasih SARA 2025: Semakan Kelayakan Bantuan RM600, RM900 & RM1200

Kerajaan terus komited membantu rakyat dengan menambah baik Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKasih. Bermula 2025, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan turut layak menerima bantuan tambahan ini dengan nilai RM600, RM900, atau RM1200, bergantung pada kelayakan mereka.

Bagaimana cara untuk semak kelayakan MyKasih SARA 2025? Ikuti panduan lengkap di sini untuk memastikan anda menerima manfaat ini!

BACA JUGA : https://semakanstr.my/login-mykasih-2025/

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA 2025 MENGIKUT KELAYAKAN PENERIMA

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERDAFTAR/BERSTATUS eKasih)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN
KESELURUHAN (RM)
AMAUN AGIHAN
BULANAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 2,100RM100 Sebulan
(Januari – Mac)

RM 200 Sebulan
(April – Disember)
Warga emas tiada pasanganRM 1,650RM100 Sebulan
(Januari – Mac)


RM 150 Sebulan
(April – Disember)
BujangRM 600RM50 Sebulan
(Januari – Mac)


RM 50 Sebulan
(April – Disember
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN
KESELURUHAN (RM)
AMAUN AGIHAN
BULANAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 900RM100 Sebulan
(April – Disember)
Warga emas tiada pasanganRM 450RM 50 Sebulan
(April – Disember
Bujang

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Pengagihan bantuan SARA MYKASIH seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS/BERDAFTAR Miskin dan Miskin eKasih)
15 Januari 2024 (Rabu)
Penerima Bantuan STR Sahaja
(BUKAN eKasih)
April – Disember 2025

PENYALURAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGAGIHAN BANTUAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara