Semakan PLKN 2025 Online: Cek Status Kelayakan Sesi 3.0
Terkini! Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2025 akan diteruskan dengan konsep dan format baharu bagi Sesi 3.0. Program ini bertujuan untuk memperkasa jati diri belia serta meningkatkan semangat patriotisme di kalangan peserta.
Bagaimana cara cek status kelayakan PLKN 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan status anda.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/mykasih-semakan/
PENGENALAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini diteruskan semula dengan tujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan nasional, dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Pelaksanaan semula PLKN 3.0 bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk menghadapi cabaran hidup melalui pengalaman latihan fizikal dan mental.
SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 3.0 2025
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar Lepasan SPM;
- Calon Berusia antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh pendaftaran (tertakluk kepada ketetapan di dalam proklamasi);
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental; DAN
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
MANFAAT PELAKSANAAN PROGRAM PLKN DI KALANGAN BELIA
Manfaat penyertaan program PLKN yang akan diterima oleh pelatih seperti berikut:
- Membentuk Jati Diri dan Sahsiah.
- Meningkatkan Semangat Patriotisme.
- Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.
- Pembangunan Kemahiran Insaniah.
- Peluang Peningkatan Kerjaya.
- Jaringan Sosial dan Persahabatan.
- Peningkatan Daya Tahan Mental dan Emosi.
- Memupupuk Semangat Kesukarelawanan.
- Menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum.
- Membentuk perwatakan positif dan pengamalan nilai murni.
- Lahirkan generasi muda cergas, cerdas dan berkeyakinan.
TARIKH DAN LOKASI PELAKSANAAN PROGRAM PLKN 3.0
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat (tiga siri/peringkat) dan akan bermula eawall Januari 2025.
- Siri Pertama (1):
- Tarikh: 12 Januari sehingga 25 Februari 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Siri Kedua (2)
- Tarikh: 11 Mei sehingga 24 Jun 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
- Siri Ketiga (3)
- Tarikh: 7 September sehingga 21 Oktober 2025
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kula Lumpur & Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PROGRAM PLKN
Peserta yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) akan dimaklumkan melalui dua saluran utama iaitu:
- e-Mel:
- Calon akan menerima email permohonan melalui alamat email yang telah didaftarkan semasa pengisian borang permohonan.
- Surat Panggilan Rasmi:
- Pemohon yang lulus akan menerima surat panggilan rasmi sebagai peringatan dan pengesahan penyertaan mereka.
Jika pemohon tidak dipanggil, ini tidak bermakna calon gagal untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Calon masih berpeluang untuk dipanggil pada siri PLKN yang akan datang, selagi usia belum mencapai 35 tahun.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib Kementerian Pertahanan Malaysia dibawah ini.
- Talian Bantuan : 603-4019 9999
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.mod.gov.my/index.php/maklumat/plkn-3-0