Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025: Semakan Status Bayaran SUKUR RM900

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025: Semakan Status Bayaran SUKUR RM900

Kerajaan Sabah telah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar mengurangkan beban kos sara hidup. Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan kewangan SUKUR RM900 secara berperingkat.

Bagaimanakah cara menyemak status kelayakan dan bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025? Ketahui info lebih lanjut di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/ekasih-rm100/

TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Pelaksanaan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah bertujuan untuk :

  • Meringankan Beban Kewangan
    • Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
  • Meningkatkan Taraf Hidup
    • Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
  • Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin
    • Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.

KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Berikut merupakan kelayakan penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bagi tahun 2025 :

  1. Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024; dan
    • Warganegara Malaysia;
    • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
    • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’.
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
  3. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem ekasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.
  4. Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
  5. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
  6. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.

JADUAL PENYALURAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah secara ansur berfasa mengikut tarikh seperti berikut :

BIL.TARIKH PENYALURANFASA BAYARAN
1.19 Februari 2025, RabuFasa Pertama
2.April 2025Fasa Kedua
3.Ogos 2025Fasa Ketiga
4.Oktober 2025Fasa Keempat

*Nota : Tarikh penyaluran untuk fasa kedua hingga keempat akan dimaklumkan oleh Kerajaan Sabah dari semasa ke semasa.

KADAR PENYALURAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dibayar sama bagi setiap kategori penerima iaitu sebanyak RM300 sebulan atau RM3,600 setahun. Namun ianya akan disalurkan tiga (3) bulan terus dalam empat (4) fasa seperti berikut :

BIL.FASA BAYARANKADAR PENYALURAN
1.Januari – Mac (Fasa 1)RM900
2.April – Jun (Fasa 2)RM900
3.Julai – September (Fasa 3)RM900
4.Oktober – Disember (Fasa 4)RM900

CARA PENYALURAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Bagi memudahkan rakyat Sabah menerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan melalui tiga (3) cara, iaitu :

  • Disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai di kaunter bank; atau
  • Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.

SEMAKAN STATUS PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Ikuti panduan semakan status penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Semakan Status
Program Sentuhan Kasih Rakyat
https://sukur.sabah.gov.my/
  1. Sila layari pautan Sukur Sabah rasmi di atas.
  2. Halaman semakan status akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
  5. Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.