Check Bantuan STR 2025 (Fasa 1): Semak Kelayakan Anda
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan rentan dengan memberikan bantuan tunai secara berperingkat sepanjang tahun. Program ini bertujuan meringankan beban kewangan serta membantu menangani kenaikan kos sara hidup.
Ingin tahu cara semak status bantuan STR 2025? Layari portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my untuk maklumat lengkap dan panduan semakan.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-mykasih/
SYARAT LULUS BANTUAN STR 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025 untuk menerima bantuan STR 2025.
BILA TARIKH CHECK STATUS BAYARAN BANTUAN STR 2025
Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan, dan semakan bayaran boleh dilalukan di portal rasmi MySTR setelah bayaran mula diagihkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
LOGIN DAN CHECK STATUS BANTUAN STR 2025 LAYAK ATAU TIDAK
Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
- Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya
- Selesai.
CARA PENYALURAN DUIT BANTUAN STR 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank:
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf