Bantuan STR 2025: Semakan Pembayaran Fasa 1 & Status Kelayakan

Bantuan STR 2025: Semakan Pembayaran Fasa 1 & Status Kelayakan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 telah ditambah baik untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menerima manfaatnya. Program ini kini dijalankan secara berfasa, dan penerima juga akan mendapat tambahan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi meringankan beban kos sara hidup.

Ingin tahu cara semakan pembayaran STR Fasa 1 2025? Ikuti panduan lengkap dan info penting di sini untuk memastikan anda layak menerima bantuan ini!

BACA JUGA : https://semakanstr.my/login-mykasih-2025/

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Penerima STR 2025 terdiri daripada:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

PANDUAN SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025

Status kelayakan dan Pembayaran ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ Bantuan STR Fasa 1 2025 boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SEMAKAN JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

*Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4)

PEMBAYARAN DUIT BANTUAN STR 2025

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN FASA 1 STR 2025

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH AGIHAN BAYARAN
Pembayaran STR Fasa Satu (1)Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

*Nota: Pemohon yang tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut perlu mengemas kini maklumat permohonan mereka untuk melayakkan diri menerima bantuan STR 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf