SKAS Sarawak 2025: Cek Status Bayaran RM800, RM400 & RM250
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM450 juta untuk disalurkan kepada rakyat Sarawak yang layak menerusi Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Bantuan ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dengan bayaran sebanyak RM800, RM400, dan RM250 mengikut kategori kelayakan.
Bagaimanakah cara cek status kelayakan penerima SKAS Sarawak 2025? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/ekasih-rm100/
APA ITU SKAS
SKAS atau rasminya diperkenalkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang merupakan bantuan yang disalurkan untuk membantu menampung kos pembelian barangan makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya.
Kira-kira lebih 886,288 warga Sarawak yang merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang telah disahkan layak menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dengan kadar antara RM250 sehingga RM800 (bergantung kelayakan).
KADAR BANTUAN SKAS
Setiap kategori akan menerima kadar bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN SKAS |
---|---|
ISI RUMAH | RM800 |
BUJANG | RM250 |
WARGA EMAS | RM400 |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SKAS
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) telah mula dikreditkan kepada 886,288 penerima yang layak bermula pada 18 Februari 2025, Selasa dan berperingkat. Walau bagaimanapun, rakyat Sarawak yang layak masih boleh memohon kerana permohonan akan dibuka sepanjang tahun.
CARA PENYALURAN BANTUAN SKAS
Pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah menegaskan bawah penyaluran bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bukanlah secara tunai namun ianya akan dibayar secara tanpa tunai (cashless) menerusi aplikasi S Pay Global yang boleh diakses oleh warga Sarawak sahaja.
SKAS CHECK
Ikuti panduan check status kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
- Klik butang [Check Eligibility ]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
- Seterusnya, klik butang [Next].
- Klik pada [My Individual Account].
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
DAFTAR SKAS SARAWAK ID
Bagi yang belum mempunyai Sarawak ID, boleh mendaftar akaun seperti berikut :
- Sila klik pada laman web di sini : https://sarawak.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Daftar].
- Pilih [Jenis Pengenalan] anda.
- Lengkapkan Profil anda.
- Klik butang [Teruskan].
- Lengkapkan Butiran Akaun dan klik [Teruskan].
- Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP.
- Seterusnya, Klik butang [Hantar].
- Masukkan OTP dan klik [Hantar].
- Sistem mesejVerified akan dipaparkan.
- Kemudian, Klik [Teruskan].
- Pendaftaran berjaya.
- Sila klik [Log Masuk] untuk log masuk ke akaun Sarawak ID anda.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talikhidmat: +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.