STR Bantuan Fasa 2 2025: Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dilakukan secara berperingkat dalam empat (4) fasa. Bayaran Fasa 1 telah selesai pada Januari, dan kini ramai penerima menantikan bayaran Fasa 2, yang bakal diberikan kepada lebih ramai individu yang layak.
Bagaimana cara semakan bayaran STR Fasa 2?
Ketahui langkah semakan dan info terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Semakan Status 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM1200
KAEDAH STR BANTUAN FASA 2 MASUK BAYARAN 2025
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dimasukkan melalui kaedah berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (bagi yang berkahwin) mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak).
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak).
JADUAL STR BANTUAN FASA 2 MASUK BAYARAN FASA 2 2025
Tarikh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka akan dimasukan bermula pada 3 April 2025 dan berperingkat. Namun, sekiranya terdapat perubahan tarikh oleh Kementerian Kewangan (MOF), pihak kami akan kemaskini kembali.
Waktu masuk bayaran ke dalam akaun bank penerima adalah mengikut jadual berikut :
BIL. | JENIS BANK PENERIMA | WAKTU MASUK BAYARAN |
---|---|---|
1. | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6 petang |
2. | Bank Islam | Selepas 8 malam |
3. | Affin Bank | Selepas 8 malam |
4. | Ambank | Selepas 8 malam |
5. | Maybank | Selepas 9 malam |
6. | Cimb Bank | Selepas 9 malam |
7. | RHB Bank | Selepas 9 malam |
8. | Bank Muamalat | Selepas 10 malam |
9. | Lain-lain Bank | Selepas 10 malam |
*Nota : Namun masa bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu dan akan mengambil waktu tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.
AMAUN STR BANTUAN FASA 2 MASUK BAYARAN FASA 2 2025
Setiap kategori akan menerima amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN STR MASUK BAYARAN FASA 2 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM150 hingga RM650 (Bergantung bilangan anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | RM100 hingga RM300 (Bergantung bilangan anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
*Nota : Untuk mengetahui amaun tepat yang akan diterima untuk bayaran fasa 2, semak pada pautan Portal Rasmi STR.
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR BANTUAN FASA 2 2025
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
STR LHDNM 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi STR LHDNM; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.