STR Fasa 2 2025: Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan Penerima

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 akan melibatkan lebih ramai penerima dengan jumlah bantuan yang lebih tinggi berbanding Fasa 1, susulan permohonan dan rayuan baharu yang telah disahkan. Bantuan ini bertujuan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimana cara semakan bayaran STR Fasa 2 2025? Ketahui tarikh pembayaran dan info lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

STR BANTUAN FASA 2 MASUK BAYARAN 2025

BACA JUGA : MyKasih Semakan Status 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM1200

JUMLAH STR BANTUAN FASA 2 MASUK BAYARAN 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) akan dimasukkan mengikut anggaran jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
FASA 2 2025
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
RM150 – RM650
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
RM100 – RM300
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM150
BujangRM150

*Nota : Semua penerima sedia ada dan penerima baharu perlu membuat semakan di portal rasmi STR untuk mengetahui jumlah sebenar yang akan diterima untuk fasa kedua (2).

KAEDAH BAYARAN STR BANTUAN FASA 2 MASUK 2025

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :

JENIS PENERIMA STRKAEDAH BAYARAN
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima
Penerima Tiada Akaun BankPerlu dituntut di kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) terdekat
Penerima Status ‘Gagal Kredit’Perlu dituntut di kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) terdekat

TARIKH STR BANTUAN FASA 2 MASUK BAYARAN 2025

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka akan dibayar kepada penerima bermula pada tarikh berikut :

FASA BAYARAN
BANTUAN STR 2025
TARIKH
Pertama (1)22 hingga 28 Januari 2025
Kedua (2)Mulai 3 April & berperingkat
Ketiga (3)Belum diketahui
Keempat (4)Belum diketahui

*Nota : Sekiranya terdapat perubahan tarikh untuk bayaran fasa kedua (2), pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa mengikut pengumuman pihak Kementerian Kewangan (MOF).

JADUAL BAYARAN STR BANTUAN FASA 2 MASUK 2025

Waktu bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke dalam akaun bank penerima adalah dijadualkan seperti berikut :

BIL.JENIS BANK PENERIMAWAKTU BAYARAN
MASUK
1.Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6 petang
2.Bank IslamSelepas 8 malam
3.Affin BankSelepas 8 malam
4.AmbankSelepas 8 malam
5.MaybankSelepas 9 malam
6.Cimb BankSelepas 9 malam
7.RHB BankSelepas 9 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10 malam
9.Lain-lain bankSelepas 10 malam

*Walau bagaimanapun, waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima tidak menentu dan akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN STR BANTUAN FASA 2 2025

Untuk mengetahui status anda sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.