STR Fasa 2 Bayaran 2025: Semakan Status Kelayakan & Tarikh Pembayaran

STR Fasa 2 Bayaran 2025: Semakan Status Kelayakan & Tarikh Pembayaran

Kerajaan terus komited dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, yang memberi manfaat kepada hampir 9 juta penerima di Malaysia. Inisiatif ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan dengan lebih berkesan melalui penstrukturan semula subsidi.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan STR Fasa 2 dan bilakah tarikh bayaran akan dikreditkan? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

STR Fasa 2 Bayaran 2025

BACA JUGA : STR 2025: Bila Bayar & Semakan Status Layak (Fasa 1)

STR FASA 2 BAYARAN 2025

Pembayaran bantuan kewangan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berperingkat mengikut empat (4) fasa yang mana fasa pertama (1) telah selesai dibayar kepada 8.3 juta penerima dan kini bayaran fasa kedua (2) bakal dilaksanakan pula.

TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka akan mula dilaksanakan pada 3 April 2025. Namun, jika terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran yang akan diumumkan oleh kerajaan, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

WAKTU BAYARAN STR FASA 2 2025

Kebiasaannya, waktu bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada setiap akaun bank penerima adalah mengikut waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam;
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2025

Kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025

Oleh kerana pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) dibayar dengan jumlah yang berbeza bagi penerima sedia ada dan baharu, penerima perlu membuat semakan sendiri. Berikut merupakan jumlah bayaran keseluruhan pada tahun 2025 :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN STR
2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
0 anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
0 anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN STR
2025
Bujang/Balu/Janda/Duda
Umur 21 hingga 59 tahun
RM600
Bujang/Balu/Janda/Duda
Umur 60 tahun dan ke atas
RM600

*Nota : Untuk mengetahui jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) yang akan diterima, sila semak pada Portal Rasmi STR.

SEMAKAN STATUS STR FASA 2 2025

Ikuti panduan semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) seperti berikut :

  1. Sila layari puatan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.