STR FASA 2 BAYARAN 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN & TARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan bantuan tunai yang diteruskan oleh kerajaan sebagai kesinambungan daripada skim bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringankan beban kos sara hidup.
Ingin tahu cara semakan status kelayakan penerima STR Fasa 2 2025? Ikuti panduan lengkap dan info pembayaran di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : eWallet 2025 RM200: Semakan Kelayakan & Bayaran Terkini
STR FASA 2 BAYARAN 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua (2) adalah melalui dua (2) cara, iaitu :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang diisi semasa permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR); atau
- Boleh dituntut secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada nombor akaun bank atau status ‘gagal kredit’.
TARIKH STR FASA 2 BAYARAN 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua (2) akan dibayar bermula pada tarikh 3 April 2024 dan berperingkat. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh daripada kerajaan, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2 2025
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ditetapkan :
- Kelayakan Umum :
- Warganegara Malaysia; dan
- Kelayakan Kategori :
- Isi Rumah :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang :
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21 hingga 59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Isi Rumah :
PANDUAN SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH STR BAYARAN 2025
Berikut merupakan jumlah keseluruhan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
- Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak | RM600 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.