STR FASA 2 SEMAK 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu 60% rakyat dewasa daripada kategori B40 dan M40. Bayaran diberikan secara berfasa, dan kini telah memasuki Fasa 2 untuk memastikan penerima terus mendapat manfaat.
Ingin tahu cara semakan kelayakan penerima STR Fasa 2 2025? Ikuti panduan lengkap dan info bayaran di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : eWallet 2025 RM200: Semakan Kelayakan & Bayaran Terkini
PAUTAN RASMI STR 2025 SEMAK STATUS
Berikut merupakan pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikendali di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri yang boleh diakses untuk permohonan, kemaskini dan semakan status :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA STR FASA 2 SEMAK STATUS PENERIMA 2025
Ikuti panduan cara semak status penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dijadualkan seperti tarikh berikut :
FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pertama (1) | 22 – 29 Januari 2025 |
Kedua (2) | Bermula 3 April 2025 |
Ketiga (3) | Belum diketahui |
Keempat (4) | Belum diketahui |
*Nota : Walau bagaimanapun, tarikh pembayaran Fasa kedua (2) di atas masih belum disahkan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
KADAR AMAUN STR FASA 2 2025
Amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar untuk fasa kedua (2) adalah berbeza bagi setiap penerima sedia ada dan penerima baharu. Berikut merupakan kadar amaun yang dibayar keseluruhan tahun 2025 :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | KADAR AMAUN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Terdapat dua (2) kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), iaitu :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran (Termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.