SUKUR Sabah 2025: Semakan Status Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat RM900

SUKUR Sabah 2025: Semakan Status Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat RM900

Kadar kemiskinan tegar di Sabah masih tinggi berbanding peringkat nasional. Oleh itu, Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan RM358.5 juta menerusi Program Sentuhan Kasih Rakyat (SUKUR) bagi membantu golongan yang memerlukan. Bantuan tunai RM900 ini bertujuan meringankan kos sara hidup rakyat Sabah yang layak.

Bagaimanakah cara menyemak status kelayakan dan bayaran Bantuan SUKUR Sabah 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SUKUR SABAH : SEMAKAN STATUS 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/ekasih-rm100/

APA ITU SUKUR SABAH

SUKUR atau diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang merupakan sebuah inisiatif oleh Kerajaan negeri Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Program ini diselaras pada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat kepada 100,000 ribu penerima.

Dengan adanya bantuan kewangan ini, Kerajaan negeri Sabah berharap ia dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar khususnya semasa musim perayaan utama demi pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif.

TARIKH BAYARAN BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Pembayaran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) adalah secara ansur berfasa mengikut tarikh seperti berikut :

  • Fasa 1 : Bermula 19 Februari 2025, Rabu.
  • Fasa2 : Bermula April 2025.
  • Fasa3 : Bermula Ogos 2025.
  • Fasa 4 : Bermul Oktober 2025.

*Nota : Tarikh untuk bayaran Fasa 2 hingga 4 akan diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Jumlah Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SUKUR) Sabah adalah sama bagi semua kategori penerima iaitu sebanyak RM300 sebulan atau RM3,600 setahun. Namun, pembayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat diagihkan dalam empat (4) fasa seperti berikut :

  • Januari – Mac (Fasa 1) : RM900.
  • April – Jun (Fasa 2) : RM900.
  • Julai – September (Fasa 3) : RM900.
  • Oktober – Disember (Fasa 4) : RM900.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SUKUR SABAH

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SUKUR) Sabah dibayar kepada penerima melalui kaedah seperti berikut :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Dibayar secara tunai di kaunter bank; atau
  • Dikreditkan ke dalam e-Wallet YONO.

PANDUAN SEMAKAN STATUS PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SUKUR SABAH

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Sukur Sabah rasmi di sini : https://sukur.sabah.gov.my/.
  2. Halaman semakan status akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
  5. Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
  6. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Golongan yang layak menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat (SUKUR) bagi tahun 2025 adalah :

  • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024; dan
    • Warganegara Malaysia;
    • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
    • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem ekasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.