Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 akan memberikan bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia bagi meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2? Adakah anda layak menerima bantuan ini? Semak status kelayakan dan maklumat lengkap mengenai pembayaran STR Fasa 2 di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN 2025: Cara Semak Kelayakan Penerima (RM900, RM600 & RM2,100)
KAEDAH BAYAR STR FASA 2 2025
Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini, iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Penerima perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) dijangka akan mula dibayar pada tarikh 3 April 2025 dan berperingkat. Namun, sekiranya berlaku perubahan tarikh yang terkini, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
MASA KREDIT STR FASA 2 2025
Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke dalam akaun bank penerima adalah berbeza mengikut masa berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
*Walau bagaimanapun, masa pengkreditan ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu kerana akan mengambil waktu tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
JUMLAH BAYAR STR FASA 2 2025
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Berpasangan (ada / tiada anak) atau Isi Rumah Tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | RM150 hingga RM650 (bergantung bilangan anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM100 hingga RM300 (bergantung bilangan anak) |
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang / balu / janda / duda tiada anak.
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025 |
---|---|
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas | RM150 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025
Bagi yang telah memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kini boleh mengetahui status bayaran Fasa Kedua (2) mengikut panduan berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Layari pautan Portal Rasmi STR LHDNM di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.