Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (Fasa 1): Tarikh Pembayaran & Semakan Status

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (Fasa 1): Tarikh Pembayaran & Info Kelayakan

Kerajaan telah meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk memastikan kebajikan golongan rentan dan berpendapatan rendah terus terbela, terutamanya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini merupakan langkah proaktif untuk meringankan beban rakyat.

Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 1 dan bagaimana cara untuk menyemak status bayaran anda? Ikuti penjelasan lengkap di bawah untuk maklumat terkini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sumbangan-tunai-rahmah-fasa-1/

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berperingkat mengikut empat (4) fasa dan fasa pertama (1) dibayar pada suku pertama (awal tahun) setiap tahun bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

TARIKH PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 (FASA 1)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibayar kepada penerima yang layak bermula pada 22 Januari 2025, Rabu dan berperingkat sehingga 28 Januari 2025, Selasa dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.3 billion.

JUMLAH PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 1)

Setiap kategori akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1mengikut jumlah seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada anak : RM500.
    • 1 hingga 2 anak : RM500.
    • 3 hingga 4 anak : RM500.
    • 5 anak dan ke atas : RM500.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
    • Tiada anak : RM150.
    • 1 hingga 2 anak : RM200.
    • 3 hingga 4 anak : RM250.
    • 5 anak dan ke atas : RM300.
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150.
  • Bujang :
    • RM150.

JENIS PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 1)

Terdapat dua (2) jenis pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, iaitu :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di cawangan mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

PANDUAN SEMAKAN STATUS BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (FASA 1)

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.