Semak STR Fasa 1 2025: Cara Semakan Status Kelayakan Bayaran

Semak STR Fasa 1 2025: Panduan Semakan Status Penerima Bayaran
Kerajaan terus komited membantu kumpulan sasar yang paling terjejas akibat peningkatan kos sara hidup melalui pelbagai inisiatif, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini akan diagihkan secara tunai dalam beberapa fasa sepanjang tahun 2025 untuk memastikan penerima mendapat sokongan kewangan tepat pada masanya.

Bagaimana cara untuk membuat semakan status kelayakan STR Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan penjelasan terperinci di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

JUMLAH PENERIMA BAYARAN STR FASA 1 2025

Keseluruhan penerima yang disahkan layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta, merangkumi :

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH PENERIMAKADAR IMPLIKASI
KEWANGAN
(RM)
Isi Rumah B402.8 jutaRM1.4 billion
Isi Rumah M401.0 jutaRM0.2 billion
Warga Emas
Tiada Pasangan
1.3 jutaRM0.2 bilion
Bujang3.2 jutaRM0.5 billion

CARA PENERIMAAN BAYARAN STR 2025

Penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah sama seperti sebelum-sebelum ini, iaitu bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA PENERIMAAN BAYARAN
STR FASA 1 2025
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam
akaun bank penerima
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Diberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)

JADUAL BAYARAN STR FASA 1 2025

Kementerian Kewangan (MOF) telah menjadualkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :

TARIKH MULA BAYARAN
STR FASA 1
TARIKH AKHIR BAYARAN
STR FASA 1
22 Januari 2025, Rabu28 Januari 2025, Selasa

KADAR BAYARAN STR FASA 1 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2025 adalah dengan kadar seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKANKADAR BAYARAN
STR FASA 1 2025
Isi Rumah B40Semua :
RM500
Isi Rumah M40Bergantung jumlah anak :
RM150 – RM300
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM150
BujangRM150

PORTAL SEMAK STR FASA 1 2025

Untuk semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 hanya boleh dilakukan di pautan Portal Rasmi berikut sahaja :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STR 2025https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN SEMAK STR FASA 1 2025

Ikuti panduan cara semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.