Semakan STR Fasa 1 2025: Cara Cek Status Penerima Bayaran
Dengan peningkatan peruntukan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan berusaha meringankan bebanan kewangan rakyat yang layak menerima bantuan. Seiring dengan pembukaan permohonan yang berterusan, jumlah penerima bantuan dijangka semakin meningkat. Fasa 1 STR 2025 menawarkan bayaran RM150 hingga RM500 bagi golongan yang layak mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan anda untuk STR Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
JADUAL BAYARAN STR FASA 1 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah dijadualkan seperti berikut :
JADUAL FASA 2025 | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025, Rabu Sehingga 28 Januari 2025, Selasa |
Fasa 2 | Belum diketahui |
Fasa3 | Belum diketahui |
Fasa 4 | Belum diketahui |
*Pihak Kementerian Kewangan (MOF) hanya mengumumkan tarikh bayaran untuk Fasa 1 dan bayaran untuk Fasa 2,3 dan 4 akan diumumkan nanti yang tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 1 2025
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
- Warganegara Malaysia;
- Isi Rumah :
- Berpasangan ada atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal ada anak;
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Warga Emas :
- Ibu/bapa tunggal tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Belum berkahwin; atau
- Balu/Duda/Janda tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas);
- Pendapatan bujang bawah RM2,500;
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
- Isi Rumah :
KADAR AMAUN BAYARAN STR FASA 1 2025
Kadar amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar untuk fasa 1 adalah seperti berikut :
- Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR AMAUN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Semua : RM500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
- Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR AMAUN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
- Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR AMAUN STR FASA 1 2025 |
---|---|
Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 | RM150 |
SEMAKAN STR FASA 1 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.