SARA 2024 CHECK STATUS : ONE OFF (RM300/RM150)
Menurut siaran media Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 akan disalurkan kepada 8 juta penerima STR 2024 yang bukan dari kategori miskin atau miskin tegar. Bayaran bantuan ini akan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) dan menggunakan kaedah pembayaran sama seperti program STR.
Sementara itu, baki 700,000 penerima STR dalam kategori miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat SARA MyKasih secara bulanan sepanjang tahun.
BACA JUGA : STR Fasa 1 2025: Semak Status Layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
APA ITU SARA ONE OFF 2024
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off 2024, merupakan bantuan tunai tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Madani KHUSUS kepada SEMUA penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4), yang terdiri daripada BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Kaedah penyaluran bantuan one-off adalah sama seperti STR (SECARA TUNAI) penyaluran bayaran akan disalurkan kedalam akaun bank penerima/melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan, jika penerima tidak mempunyai akaun bank.
Sementara itu, bagi penerima STR yang TERDIRI daripada golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih pula, akan menerima bantuan SARA bulanan seperti biasa secara berterusan sepanjang tahun.
CHECK SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2024 (ONE OFF)
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan merupakan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
- Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
TARIKH CHECK STATUS SARA 2024 & KADAR BANTUAN SARA 2024 (ONE OFF)
Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin). Pengagihan ini akan dilakukan secara berperingkat dan semakan kelayakan, dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR (BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah (Ketua keluarga) | RM 300 |
Warga Emas Tiada Pasangan / Bujang (60 Tahun Keatas) | RM 150 |
Bujang (21 hingga 59 tahun) | RM 150 |
CARA CHECK STATUS SARA 2024
Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang BUKAN dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Ini bermakna, semua penerima STR 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA ONE OFF
Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :
- Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR. - Bagi penerima tanpa akaun bank / ‘Gagal Kredit’:
Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.