Tarikh Bayaran SYUKUR Sabah Fasa 2 2025: Semakan Kelayakan Penerima RM900 – Layak atau Tidak?

Tarikh Bayaran SYUKUR Sabah Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima RM900

Sabah mencatatkan bilangan rakyat miskin dan miskin tegar tertinggi di Malaysia. Sebagai langkah proaktif, Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) secara berfasa untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Bilakah tarikh rasmi bayaran SYUKUR Sabah Fasa 2 2025? Dan bagaimana cara untuk semak sama ada anda layak menerima bayaran RM900 ini? Ketahui panduan semakan dan info penting di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

MEDIUM BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Terdapat tiga (3) medium bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) Fasa 2, iaitu :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima;
  • Diberikan secara tunai kepada penerima tiada akaun;
  • Dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet YONO Superapp.

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) bagi fasa kedua (2) adalah tarikh berikut :

TARIKH BAYARAN FASA 2MEDIUM BAYARAN
April 2025Pengkreditan dalam akaun bank penerima
April – Mei 2025
(Berperingkat)
Pemberian secara tunai
Mei 2025Penerima baharu
(Bukan senarai e-Kasih)

AMAUN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Bayaran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) adalah merangkumi tiga (3) bulan keseluruhan yang mana setiap bulan adalah sebanyak RM300 dan dibayar sekaligus pada fasa kedua (2) sebanyak RM900 bagi setiap penerima yang layak.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak terima bayaran SYUKUR Sabah Fasa dua (2), ikuti panduan semakan status di pautan di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(SYUKUR)
https://syukur.sabah.gov.my
  1. Layari pautan Portal Rasmi Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) di atas.
  2. Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
  3. Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
  5. Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/auth.