Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2025: Semakan Kelayakan & Jadual Pembayaran

Kerajaan MADANI terus menyalurkan bantuan kewangan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi membantu rakyat yang memerlukan dalam menghadapi cabaran ekonomi. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan yang layak.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2 2025? Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima? Ketahui jadual pembayaran dan panduan semakan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025x

BACA JUGA : Bantuan Awal Ramadan 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYAR STR FASA 2 2025

Hanya individu yang telah mengemukakan permohonan sebelum pada 1 Disember 2024, serta memenuhi syarat kelayakan berikut akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) ;

  • Isi Rumah :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang :
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025

Berikut merupakan tarikh anggaran pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa kedua (2) :

PERKARATARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa kedua (2)
Bermula 3 April 2025 dan berperingkat

*Sekiranya berlaku perubahan tarikh,
pihak kami akan kemaskini
dari semasa ke semasa

KADAR BAYAR STR FASA 2 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) dianggarkan akan dibayar kepada penerima sedia ada dengan kadar sebanyak berikut :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR BAYARAN
STR FASA 2 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
(B40)
RM150 hingga RM650
(bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
(M40)
RM100 hingga RM300
(bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

*Nota : Walau bagaimanapun, penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima kadar bayaran yang berbeza dan perlu membuat semakan di portal rasmi.

CARA BAYAR STR FASA 2 2025

Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) masih sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank :
    • Bantuan STR akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank milik penerima atau pasangan (bagi yang telah berkahwin).
  • Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) :
    • Penerima perlu menuntut wang Bantuan STR di kaunter mana-mana cawangan BSN terdekat bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYAR STR FASA 2 2025

Untuk mengetahui status kelayakan anda menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.