SARA RM100 One-Off 2025: Semakan Kelayakan Online untuk Warganegara Malaysia

SARA RM100 One-Off 2025 adalah bantuan khas tanpa tunai yang diberikan secara sekaligus (one-off) sempena sambutan Hari Kebangsaan. Bantuan ini diberikan kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan dikreditkan terus melalui MyKad.

Nak tahu sama ada anda layak terima bantuan RM100 ini? Anda boleh buat semakan status kelayakan secara online dengan mudah. Ikuti panduan lengkap semakan SARA 2025 di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

CARA PELAKSANAAN SARA UNTUK SEMUA

Bantuan SARA one off RM100 akan disalurkan ke MyKad penerima untuk membeli pelbagai jenis kategori barangan keperluan asas di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara dengan menggunakan MyKad.

SIAPAKAH LAYAK SARA UNTUK SEMUA

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA one off (sekaligus) RM100 seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat kelayakan bantuan dengan sekali bayaran dan tiada sebarang permohonan diperlukan.

TARIKH PENYALURAN SARA UNTUK SEMUA

Pembayaran bantuan RM100 SARA one off seperti berikut:

  • Tarikh Bayaran : 31 Ogos 2025 (Ahad)
  • Tempoh sah : 31 Ogos 2025 (Ahad) sehingga 31 Disember 2025 (Rabu)

Bantuan RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA UNTUK SEMUA SECARA ONLINE

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semak di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semak di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Panduan Artikel Infografik

Leave a Comment