Semakan Status SARA One-Off 2025: RM300 & RM150 Bantuan Tunai

Semakan Status SARA One-Off 2025 (RM300/RM150)
Terkini! Kerajaan Madani menyediakan bantuan tunai tambahan SARA one-off bernilai RM300 dan RM150 kepada penerima yang layak. Bantuan ini akan disalurkan secara automatik kepada semua penerima STR 2024 sebagai bantuan tunai.

Ingin tahu cara membuat semakan status SARA one-off 2025? Dapatkan maklumat lengkap di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-mykasih-2025/

APA ITU SARA ONE OFF

Sumbangan Asas Rahmah one off 2024 ini khas kepada semua penerima STR 2024 dimana yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar juga akan turut menerima bantuan ini, dan kelayakan bantuan adalah secara automatik berdasarkan data penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus lulus STR 2024.

Bantuan ini merupakan bantuan one off (sekali bayar) sebanyak RM 300 & RM 150 bergantung kepada kategori kelayakan individu. Kaedah pengagihan bantuan ini adalah secara TUNAI, dan sama seperti STR, iaitu melalui pengkreditan ke akaun atau penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

BAYARAN SARA ONE OFF

ARA PERMOHONAN BANTUAN SARA

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah lulus.

SYARAT DAN STATUS KELAYAKAN SARA

Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  2. Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  3. Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

SEMAKAN STATUS SARA

Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.

Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:

  1. Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIMA STR
BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR
KADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 300
Warga emas tanpa pasanganRM 150
BujangRM 150

TARIKH RASMI KEMASUKAN BAYARAN

Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.

Kaedah bantuan ini akan disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

e-Mel : [email protected]

Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747