STR Fasa 3 2025: Semakan Bayaran Mulai 12 Ogos & Info STR Fasa 4

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 2025 mula dikreditkan ke akaun penerima pada 12 Ogos 2025. Penerima boleh membuat semakan STR 2025 serta status bayaran melalui portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Pengagihan STR Fasa 3 ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus mendapat sokongan kewangan yang sewajarnya. Maklumat ini turut memberi gambaran awal berkaitan STR Fasa 4 yang dijangka menyusul selepas ini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Kaedah Pembayaran STR

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 akan dibayar secara berperingkat pada 12 Ogos 2025 secara berperingkat, iaitu :

Trending sekarang

11 Cara Hilangkan Kelemumur Secara Berkesan dan Semula Jadi

FasaTarikh Bayaran
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025
Fasa 4November 2025

Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Setiap Kategori

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, jumlah bayaran yang diterima adalah bergantung kepada kategori kelayakan dan pendapatan isi rumah atau individu bujang/warga emas tiada pasangan. Bayaran STR dibuat secara berfasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 sepanjang tahun.

1. Kategori Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan

a) Pendapatan Bujang ≤ RM2,500

(Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)

  • Kelayakan Maksimum: RM600
  • Jadual Bayaran:
    • Fasa 1: RM150
    • Fasa 2: RM150
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: RM150

b) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000

(Berumur ≥ 60 tahun)

  • Kelayakan Maksimum: RM600
  • Jadual Bayaran:
    • Fasa 1: RM150
    • Fasa 2: RM150
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: RM150

2. Kategori Isi Rumah

a) Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (Tiada Had Umur)

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
01,000500150150200
1 – 21,500500300350350
3 – 42,000500500500500
≥52,500500650650700

b) Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (Tiada Had Umur)

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0500150100150100
1 – 2750150150200250
3 – 41,000250200250300
≥51,250300300300350

str jadual bayaran fasa 1 - 4
Sumber: Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (dikemaskini 11 Ogos 2025)

Ringkasan Penting

  • STR Fasa 3 dan Fasa 4 2025 akan dibayar mengikut kategori dan jumlah kelayakan yang telah diluluskan dalam permohonan.
  • Penerima perlu memastikan maklumat akaun bank adalah tepat untuk memudahkan proses bayaran.
  • Jadual ini merangkumi semua kategori utama termasuk bujang, warga emas, dan isi rumah.

Dengan rujukan jadual di atas, penerima boleh menganggarkan jumlah yang akan diterima bagi setiap fasa STR 2025.

Trending sekarang

Cara Semakan STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Pengguna media sosial juga berkongsi baawa bayaran melalui BSN tela dikreditkan.

str fasa 3 2024
str fasa 3 2024
str fasa 3 2024
Sumber: Facebook rasmi Malaysia MADANI

Cara Membaca Status STR Terkini

Bagi anda yang telah membuat semakan, mungkin ada yang masih keliru apakah yang dimaksudkan dengan LULUS – kerana terdapat 2 status lulus yang tertera.

Salah satunya adalah berkaitan Kelulusan Asas STR, manakala satu lagi adalah berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

Untuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah adalah STR Tambahan berjumlah RM100 sebulan bagi 12 bulan, untuk penerima yang layak dan golongan miskin tegar yang mempunyai rekod dalam e-Kasih.

Sementara itu, terdapat juga penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang tidak menerima bayaran STR Fasa 3.

Ini adalah kerana pemohon ini:

  1. Tidak lulus permohonan STR 2025
  2. Perubahan status daripada kahwin kepada cerai / kematian pasangan
  3. Lulus kategori isi rumah (tiada anak) dan berpendapatan RM2501-RM5000.

Sebarang semakan lanjut, rujuk maklumat yang berkaitan di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

Trending sekarang

Bila bayaran Fasa 3 STR?

Tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 adalah pada 12 Ogos 2025 menurut pengumuman Kementerian Kewangan.

Bila masuk STR?

Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4 seperti berikut :

Fasa 1 : 22 Januari 2025.
Fasa 2 : 24 Mac 2025.
Fasa 3 : 12 Ogos 2025.
Fasa 4 : November 2025.

Siapa yang layak terima STR Fasa 3?

Penerima lulus STR 2025 mengikut kategori isi rumah, bujang dan warga emas.

Berapa STR Fasa 3 bujang?

Jumlah bayaran STR Fasa 3 bagi kategori bujang ialah RM 150.

Adakah bayaran dibuat secara automatik?

Ya, kepada pemohon yang lulus. Pastikan akaun bank aktif.

Apa perlu buat jika tidak lulus?

Tempoh permohonan dibuka sepanjang tahun. Sila rujuk sebab tidak lulus.

Berapa bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 setiap kategori?

Jumlah bantuan STR Fasa 3 bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Isi Rumah B40 (< RM2,500) : RM150 – RM650
Isi Rumah M40 (RM2,501 – RM5,000) : RM150 – RM300
Bujang (< RM2,500) : RM150
Warga Emas Tiada pasangan : RM150

Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2025 pada Oktober 2024 bagi
kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun
bayaran yang akan diterima?

Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun setiap fasa bermula pada
fasa permohonan diluluskan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan Fasa 1
maka anda akan menerima bayaran STR mulai bayaran Fasa 1 sebanyak RM150 dan
diikuti dengan bayaran bagi Fasa seterusnya.

Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2025
dan permohonan tersebut telah lulus mulai bayaran Fasa 3. Berapakah amaun
bayaran yang akan diterima?

Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada Fasa 3 dan
Fasa 4 sahaja.

Permohonan STR 2025 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat
Permohonan Rayuan pada April 2025. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus
bagi kategori Isi Rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah
amaun bayaran yang akan diterima?

Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada Fasa 3 dan Fasa 4
sahaja.

Pembayaran STR saya adalah melalui kredit ke akaun bank pasangan. Semakan
pada jadual maklumat bayaran menunjukkan status pembayaran adalah Gagal
Kredit. Bagaimanakah saya ingin menuntut bayaran STR tersebut?

Sekiranya pada menu Maklumat Pembayaran MySTR pemohon menunjukkan status
pembayaran adalah gagal kredit ke akaun bank pemohon atau gagal kredit ke akaun
bank pasangan, pemohon perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal
pemohon bagi membuat tuntutan tunai bayaran STR 2025.

Pembayaran STR Fasa 1 saya kepada pasangan dan status bayaran adalah gagal
kredit. Bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 2 2025 saya?

Pembayaran Fasa 2 hanya akan dikreditkan ke akaun bank pemohon sekiranya ada
pengemaskinian maklumat akaun bank pemohon dilakukan semasa tempoh
permohonan Fasa 2 (1 Disember 2024 sehingga 15 Februari 2025).

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan“
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan tentang Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3, sila rujuk lampiran Soalan Lazim berikut (dikemaskini 11 Ogos 2025) :

Untuk info lanjut, sila layari laman info STR di Portal Manfaat menerusi link https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Leave a Comment