Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) oleh kerajaan Malaysia menyediakan bantuan kewangan untuk membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup. Bantuan ini diberikan dalam empat fasa sepanjang tahun kepada penerima yang layak, termasuk isi rumah berpendapatan rendah dan golongan rentan. Fasa ketiga STR untuk tahun 2025 memberi tumpuan kepada memastikan sokongan berterusan kepada mereka yang memerlukan, menangani tekanan kewangan akibat kenaikan harga. Penerima yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan akan menerima bayaran ini secara langsung, memberikan bantuan yang sangat diperlukan. Pendekatan berperingkat ini memastikan bantuan disalurkan tepat pada masanya dan sampai kepada mereka yang paling terjejas oleh cabaran ekonomi.
Penerima yang layak akan menerima bantuan STR Fasa 3 2025 melalui pengkreditan ke akaun atau tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat. Untuk menyemak status bantuan, penerima boleh melayari portal rasmi STR atau mengunjungi cawangan BSN terdekat untuk maklumat lanjut.
BACA JUGA : Semakan Bantuan STR FASA 3 2025 : CHECK BAYARAN
Kaedah Pembayaran STR
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 dijangka akan dibayar secara berperingkat pada bulan Ogos ini secara berperingkat, iaitu :
Trending sekarang
eCentral Lazada Voucher Code 15% OFF | Jun 2025
Pembayaran STR Fasa 3 dijangka disalurkan bermula akhir Julai hingga awal Ogos 2025, berdasarkan sejarah pembayaran terdahulu.
Fasa | Tarikh Bayaran |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | Akhir Julai – Ogos 2025 (jangkaan) |
Fasa 4 | November 2025 |
Nota: Tarikh sebenar akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi kerajaan.
Jumlah Bayaran Setiap Kategori
Jumlah bantuan STR Fasa 3 belum dimaklumkan.
Berikut adalah makluman terkini daripada LHDN mengenai pembayaran:

Sehingga kini, jumlah rasmi bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan. Namun berdasarkan fasa-fasa sebelum ini, berikut adalah jangkaan kategori bayaran:
Kategori Penerima | Pendapatan Isi Rumah | Jumlah (Anggaran) |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | < RM2,500 | RM300 – RM500 |
Isi Rumah M40 | RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
Bujang | < RM2,500 | RM100 – RM150 |
Warga Emas | Tiada pasangan | RM200 – RM300 |
NOTA : Jumlah sebenar akan dikemaskini selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
Cara Semakan STR Fasa 3
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Pengguna media sosial juga berkongsi baawa bayaran melalui BSN tela dikreditkan.




Cara Membaca Status STR Terkini
Bagi anda yang telah membuat semakan, mungkin ada yang masih keliru apakah yang dimaksudkan dengan LULUS – kerana terdapat 2 status lulus yang tertera.
Trending sekarang
Kedai MyKasih Negeri Sembilan 2025 & Semakan Penerima
Salah satunya adalah berkaitan Kelulusan Asas STR, manakala satu lagi adalah berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

Untuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah adalah STR Tambahan berjumlah RM100 sebulan bagi 12 bulan, untuk penerima yang layak dan golongan miskin tegar yang mempunyai rekod dalam e-Kasih.
Sementara itu, terdapat juga penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang tidak menerima bayaran STR Fasa 3.
Ini adalah kerana pemohon ini:
- Tidak lulus permohonan STR 2025
- Perubahan status daripada kahwin kepada cerai / kematian pasangan
- Lulus kategori isi rumah (tiada anak) dan berpendapatan RM2501-RM5000.
Sebarang semakan lanjut, rujuk maklumat yang berkaitan di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .
Rujuk sepenuhnya: Rayuan STR – Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Diperlukan
Bila bayaran Fasa 3 STR?
Tarikh rasmi bayaran belum diumumkan. Tapi berdasarkan tarikh pembayaran tahun-tahun sebelumnya, ia dijangka pada hujung Julai atau awal Ogos 2025.
Bila masuk STR?
Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4 seperti berikut :
Fasa 1 : 22 Januari 2025.
Fasa 2 : 24 Mac 2025.
Fasa 3 : Ogos 2025.
Fasa 4 : November 2025.
Siapa yang layak terima STR Fasa 3?
Penerima lulus STR 2025 mengikut kategori isi rumah, bujang dan warga emas.
Berapa STR Fasa 3 bujang?
Jumlah bayaran STR Fasa 3 bagi kategori bujang belum diumumkan lagi.
Namun, kadar keseluruhan yang diperuntukkan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM 600. Bagi fasa 1, kategori bujang dah terima RM150, dan untuk fasa 2 juga bujang dah terima RM150.
Ini bermaksud, ada baki lagi RM300 untuk Fasa 3 dan Fasa 4. Jadi, mungkin akan dapat RM150.
NOTA: Jumlah rasmi berapa bayaran STR Fasa 3 untuk bujang akan dikemaskini setelah ia diumumkan oleh Kementerian Kewangan.
Trending sekarang
Bantuan Bil Elektrik RM40 – Syarat Kelayakan & Cara Semak
Adakah bayaran dibuat secara automatik?
Ya, kepada pemohon yang lulus. Pastikan akaun bank aktif.
Apa perlu buat jika tidak lulus?
Tempoh permohonan dibuka sepanjang tahun. Sila rujuk sebab tidak lulus.
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaa tentang STR Fasa 3, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Untuk info lanjut, sila layari laman info STR di Portal Manfaat menerusi link https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html