Bantuan 100 MyKad 2025: Semak Kelayakan Bantuan Anda
Kerajaan terus berusaha memastikan bantuan diagihkan secara cekap, telus, dan selamat tanpa ketirisan. Pada 2025, pemberian Bantuan Tunai MyKad diperluaskan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia, memastikan mereka yang layak dapat menikmati bantuan RM100 untuk keperluan harian.
Ingin tahu cara semak status kelayakan Bantuan 100 MyKad 2025? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU BANTUAN 100 MYKAD
Bantuan yang dikreditkan menerusi MyKad (Kad Pengenalan) adalah merupakan sebuah bantuan tambahan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khas untuk membantu meringankan bebanan perbelanjaan keperluan asas setiap bulan bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
TARIKH MULA KREDIT BANTUAN MYKAD
Pengkreditan Bantuan menerusi MyKad telahpun dimulakan pada tarikh :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH MULA KREDIT BANTUAN MYKAD |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | 15 Januari 2025 |
Asas Bukan Miskin | ** April 2025 |
TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN 100 MYKAD
Tempoh penerimaan Bantuan MyKad adalah bergantung kepada kelayakan penerima, iaitu :
- Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
- Dikreditkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari sehingga Disember) :
- Isi Rumah akan menerima RM2,100 setahun :
- RM100 (Januari hingga Mac) dan RM200 (April hingga Disember).
- Warga Emas akan menerima RM1,650 setahun :
- RM100 (Januari hingga Mac) dan RM150 (April hingga Disember).
- Bujang akan menerima RM600 setahun :
- RM50 (Januari hingga Disember).
- Isi Rumah akan menerima RM2,100 setahun :
- Dikreditkan setiap bulan selama tempoh 12 bulan (Januari sehingga Disember) :
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Dikreditkan setiap bulan selama tempoh 9 bulan (April sehingga Disember) :
- Isi Rumah akan menerima RM900 setahun :
- RM100 (April hingga Disember).
- Warga Emas akan menerima RM450 setahun :
- RM50 (April hingga Disember).
- Isi Rumah akan menerima RM900 setahun :
- Dikreditkan setiap bulan selama tempoh 9 bulan (April sehingga Disember) :
MANFAAT BANTUAN MYKAD
Antara manfaat yang akan diperolehi penerima daripada Bantuan MyKad adalah :
- Bantuan dikreditkan ke dalam MyKad secara automatik setiap bulan;
- Mudah digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas hanya dengan MyKad;
- Terdapat lebih 1200 kedai dan pasaraya yang terpilih menerima bayaran MyKad;
- Selamat digunakan kerana mempunyai nombor pin yang hanya diketahui oleh pemengang MyKad;
- Had pembelian RM50/RM100/RM150/RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun;
- Baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama amaun semasa;
- Tempoh penggunaan Bantuan MyKad adalah sehingga 31 Disember 2025.
SENARAI NEGERI PENERIMA BANTUAN MYKAD
Kerajaan Madani telah meluaskan pemberian Bantuan MyKad kepada penerima disetiap negeri-negeri berikut :
- Kuala Lumpur;
- Putrajaya;
- Selangor;
- Pahang;
- Kelantan;
- Terengganu;
- Johor;
- Melaka;
- Negeri Sembilan;
- Perlis;
- Perak;
- Pulau Pinang;
- Kedah;
- Sabah;
- Sarawak.
CEK STATUS BANTUAN 100 MYKAD
Ikuti panduan lengkap cek status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad seperti berikut :
- Panduan Cek Status Bantuan MyKad 1 :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya, anda cek status kelayakan pada pautan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’ sila ikuti panduan cek status yang kedua di bawah :
- Panduan Cek Status Bantuan MyKad 2 :
- Sila layari laman rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Status Bayaran SARA akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/..