BANTUAN RM200 MYKAD 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA – LAYAK ATAU TIDAK?

Berita baik untuk golongan B40! Bantuan RM200 melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bermula April 2025. Bantuan ini bertujuan membantu pembelian barangan keperluan asas di pasar raya terpilih, tanpa perlu menggunakan tunai. Penggunaan MyKad sebagai medium pembayaran memudahkan urusan dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Ingin semak status kelayakan Bantuan RM200 MyKad 2025? Teruskan membaca panduan semakan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN 200 MYKAD 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 200 MYKAD 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

Penerima Sedia Ada (0.7 Juta Penerima)

  • Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  • Kategori – Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang

Penerima Baharu (4.7 Juta Penerima)

  • Bukan eKasih
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  • Kategori – Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 200 MYKAD

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan; dan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

AMAUN BAYARAN DISALURKAN DALAM MYKAD PENERIMA

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

PENERIMA SARA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
PENERIMA SARA SEDIA ADA
(LULUS STR & STR EKASIH)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

CARA GUNA BANTUAN 200 MYKAD

arangan keperluan asas boleh didapati di kedai runcit dengan pembayaran menggunakan MyKad seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
  2. Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  3. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad.
  4. Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

CHECK BAKI BANTUAN 200 MYKAD

Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:

  • Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
  • Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
  • Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara