Sambutan Aidilfitri 2025 semakin hampir, dan kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam serta pesara kerajaan yang layak. Bantuan tunai sebanyak RM250 hingga RM500 ini bertujuan membantu penerima membuat persediaan bagi menyambut perayaan dengan lebih sempurna.
Bagaimana cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Khas Aidilfitri 2025? Semak syarat dan info lengkap di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri (BKK) adalah untuk yang berkelayakan seperti berikut :
- Penjawat Awam Persekutuan :
- Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
- Kumpulan Pelaksanaan Gred 15 dan ke bawah;
- Pegawai lantikan kontrak / sambilan harian / MySTEP.
- Pesara Kerajaan :
- Berpencen;
- Penerima Pencen Terbitan;
- Pesara KWSP;
- Veteran Berpencen; dan
- Veteran Tidak Berpencen.
KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2025
Kadar pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI |
---|---|
Penjawat Awam Persekutuan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak, sambilan harian dan MySTEP) | RM500 |
Pesara Kerajaan (Pesara Berpencen, Penerima Pencen Terbitan, Pesara KWSP, Veteran Berpencen dan Veteran Tidak Berpencen) | RM250 |
PROSEDUR BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Berikut merupakan prosedur bayaran Bantuan Khas Aidilfitri kepada Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan :
- Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam :
- Melalui sistem emolumen berkomputer bersama dengan bayaran gaji.
- Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Pesara Kerajaan :
- Melalui kaedah penerimaan bayaran pencen bulanan.
*Berdasarkan kenyataan Surat Pekeliling : Sekiranya Penjawat Awam atau Pesara Kerajaan terdapat sebarang isu atau pertanyaan mengenai pembayaran di atas, disarankan untuk menghubungi unit sumber manusia jabatan masing-masing atau Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Aidilfitri, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.anm.gov.my/images/dokumen/pekeliling/surat-pekeliling-anm/2025/SPANM_PERATURAN_BAYARAN_BKK_TAHUN_2025.pdf?utm_source=chatgpt.com.