BANTUAN ASAS RAHMAH RM100 2025: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Kerajaan meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 sebagai bantuan bersasar bagi membantu golongan rentan memperoleh keperluan asas harian. Penerima yang layak akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM100, dikreditkan terus ke MyKad untuk digunakan di pasar raya terpilih.
Bagaimanakah cara untuk semak status kelayakan Bantuan Asas Rahmah RM100 2025? Ikuti panduan lengkap serta maklumat pembayaran di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Semakan 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KAEDAH SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH DI PORTAL MYKASIH
Semakan status penerima MyKasih boleh dilakukan seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH DI PORTAL MYSTR
Semakan status penerima MyKasih juga boleh dilakukan melalui Portal MySTR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH MASUK BAYARAN BULANAN
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (RM 2,100 Setahun) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (RM 1,650 Setahun) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang (RM 600 Setahun) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- ategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR (BUKAN eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (RM900 Setahun) | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (RM450 Setahun) | – | RM 50 sebulan |
Bujang | – | – |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN ASAS RAHMAH RM100
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara