MyKasih Semakan 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM2100
Kerajaan meneruskan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 melalui program MyKasih, bagi membantu golongan memerlukan mendapatkan barangan keperluan asas dan mengurangkan kos sara hidup. Bantuan ini diberikan dalam tiga kategori iaitu RM600, RM900, dan RM2100, bergantung kepada kelayakan penerima.
Bagaimana cara semakan status kelayakan MyKasih 2025? Semak syarat kelayakan dan info lanjut di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MYKASIH SEMAKAN 2025
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Berstatus Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KAEDAH SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Pengkreditan bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima untuk pembelian barangan keperluan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
TEMPOH PENGKREDITAN BAYARAN MYKASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
- Penerima Bantuan STR & BERSTATUS eKasih:
- Pembayaran secara bulanan Bermula JANUARI sehingga DISEMBER (Selama 12 Bulan)
- Penerima Bantuan STR (BUKAN eKasih):
- Pembayaran secara bulanan Bermula APRIL sehingga DISEMBER (Selama 9 Bulan)
KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH
Barangan Keperluan Asas (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS | CONTOH PASARAYA |
---|---|
Beras, Roti, Telur, Minyak Masak, Tepung, Biskut, Mi Segera, Minuman, Makanan Dalam Tin, Bahan Perasa, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan dan Barangan Persekolahan. | MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh Negarauntuk pembelian menggunakan MyKad termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Serta Pasar Raya dan Pasar Mini Bebas. |
KADAR PEMBAYARAN MYKASIH 2025
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (RM 2,100 Setahun) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (RM 1,650 Setahun) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang (RM 600 Setahun) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (RM 900 Setahun) | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (RM 450 Setahun) | – | RM 50 sebulan |
Bujang | – | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara