BANTUAN ASAS RAHMAH (SARA) STR 2025: SEMAK KELAYAKAN & STATUS PENERIMA

Hanya sebahagian penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 layak menerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) – bantuan tambahan secara ansuran bulanan selama 9 hingga 12 bulan bagi menampung kos pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimana cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) STR 2025? Ikuti panduan dan info lengkap di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Terdapat dua (2) kelayakan penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) yang ditetapkan, iaitu :

  • Penerima SARA STR & e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima SARA STR Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA 2025

Setiap penerima akan menerima kadar Bantuan Asas Rahmah (SARA) seperti berikut :

KADAR BANTUAN SARA
PENERIMA STR DAN E-KASIH
KADAR BANTUAN SARA
PENERIMA STR BUKAN E-KASIH
Isi Rumah : RM2,100
(RM100 & RM200
setiap bulan)
Isi Rumah : RM900
(RM100 setiap bulan)
Warga Emas : RM1,650
(RM100 & RM150
setiap bulan)
Warga Emas : RM450
(RM50 setiap bulan)
Bujang : RM600
(RM50 setiap bulan)

JADUAL PENYALURAN BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025

Penyaluran Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah dijadualkan seperti berikut :

JADUAL PENERIMA SARA
STR DAN E-KASIH
JADUAL PENERIMA SARA
STR BUKAN E-KASIH
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH STR SARA 2025

Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah, semakan status boleh dilakuka melalui dua (2) pautan berikut :

  • Puatan Portal Rasmi MyKasih; dan
  • Pautan Portal Rasmi STR.

Ikuti kedua-dua panduan semakan status kelayakan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.