Maklumat Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk sesi persekolahan 2025/2026 berjumlah RM800 juta akan disalurkan oleh pihak sekolah. Waris ibu bapa perlu melengkapkan borang pengesahan bagi memilih kaedah penerimaan bantuan.
Bagi tahun ini, terdapat tiga kaedah pembayaran:
- Pengkreditan ke akaun murid sendiri.
- Pengkreditan ke akaun ibu atau bapa murid.
- Serahan tunai.
Selain itu, peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta sebelumnya.
Teruskan membaca untuk perincian lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 dan cara mengakses bantuan ini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-hidup-2025/
Pengenalan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Trending sekarang
Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Diskaun Warga Emas
Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.
Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.


Kadar Bantuan
Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 sebanyak RM150 setiap seorang bakal memberi manfaat kepada 100,000 orang pelajar dengan kos keseluruhan berjumlah RM15 juta.
Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 bermula pada Sesi Akademik 2025/2026 adalah cerminan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persiapan persekolahan.
Ia juga dilihat sebagai usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasakan pendidikan Tingkatan 6.

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia :
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
- Murid bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney

Kaedah Penyaluran Bayaran
Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.
Trending sekarang
Buffet Ramadan 2025 – Lokasi, Cara Tempah & Harga Early Bird
- Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
- Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
- Tunai; atau
- Disalurkan terus ke akaun bank murid

Tarikh Penyaluran BAP 2025
TARIKH TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KPM BAGI SESI 2025/2026 :
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memulakan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada tarikh berikut:
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 – 13 Januari 2025.
- Murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 – 16 Februari 2025
- Murid Tingkatan 6 baharu – 1 Julai 2025.

Sumber: https://www.buletintv3.my/ , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
*Maklumat terperinci berkenaan dengan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan oleh sekolah masing-masing.
Borang Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2025)
Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.
Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).
Umumnya, pihak sekolah hanya akan mengedarkan borang pengesahan seperti berikut:

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.facebook.com/KemPendidikan
- Instagram Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.instagram.com/kempendidikan
Rujuk juga : Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.
Trending sekarang
Malaysia Open 2025 – Jadual Badminton & Keputusan Semi Final (LIVE)