Bantuan Sara Hidup 2025: Tarikh Masuk & Cara Semakan
Kos sara hidup yang semakin meningkat setiap tahun mendorong Kerajaan menyediakan Bantuan Sara Hidup 2025 bernilai RM600 hingga RM1,200 untuk membantu rakyat meringankan beban. Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun.
Ingin tahu bila masuk Bantuan Sara Hidup 2025 dan cara cek status kelayakan anda? Baca panduan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-sara-ekasih-2025/
BANTUAN SARA HIDUP 2025 BILA MASUK
Pihak kerajaan akan memasukan Bantuan Sara Hidup secara ansur berperingkat setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA (MISKIN & MISKIN TEGAR) | PENERIMA BAHARU (ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|
Bermula ** Januari 2025 | Bermula ** April 2025 |
Sehingga ** Disember 2025 | Sehingga ** Disember 2025 |
*Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan akan dikemaskini apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 2025
Bilangan penerima Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2025 adalah seramai lebih :
KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin dan Miskin Tegar) | 700,000 ribu penerima (isi rumah, bujang & warga emas) |
Penerima Baharu (Asas Bukan Miskin) | 4.7 juta penerima (isi rumah, bujang & warga emas) |
JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP 2025 MASUK
Bantuan Sara Hidup akan dimasukkan dengan jumlah seperti berikut :
ISI RUMAH | BUJANG | WARGA EMAS |
---|---|---|
Miskin & Miskin Tegar : RM1,200 setahun | Miskin & Miskin Tegar : RM600 setahun | Miskin & Miskin Tegar : RM1,200 setahun |
Asas Bukan Miskin : RM900 setahun | Asas Bukan Miskin : Tiada | Asas Bukan Miskin : RM450 setahun |
CARA BANTUAN SARA HIDUP 2025 MASUK
Terdapat dua (2) cara Bantuan Sara Hidup akan dimasukkan kepada penerima, iaitu melalui :
- Secara Tunai :
- Bagi penerima di Sabah dan Sarawak akan menerima Bantuan Sara Hidup secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau dikreditkan ke dalam akaun bank penerima.
- Secara Tanpa Tunai :
- Bagi penerima di Semenanjung Malaysia akan menerima Bantuan Sara Hidup secara tanpa tunai dikreditkan ke dalam kad pengenalan untuk pembelian barang keperluan asas tanpa tunai (cashless).
CEK STATUS BANTUAN SARA HIDUP 2025 MASUK
Ketahui status Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2025 mengikut panduan berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Bantuan Sara akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.