Daftar Bantuan BUDI Madani 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran RM200 Sebulan

Daftar Bantuan BUDI Madani 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran RM200/Bulan

Bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjaga, kerajaan Madani menyediakan subsidi khas melalui Bantuan BUDI Madani 2025. Bantuan ini diberikan kepada golongan sasar seperti petani, penternak kecil, serta individu yang memiliki kenderaan diesel persendirian yang layak. Penerima akan menerima RM200 setiap bulan untuk mengurangkan beban kos sara hidup.

Bagaimana cara mendaftar Bantuan BUDI Madani 2025? Rujuk panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan semakan status bayaran.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN BUDI MADANI

BUDI MADANI merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk memastikan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak. Kerajaan berhasrat untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

Ianya diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi kepada yang memerlukan agar kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara. Melalui budi madani ini, Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu akan terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih pula akan diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

PROGRAM BANTUAN BUDI MADANI

Terdapat tiga (3) jenis/kategori program dibawah Budi Madani iaitu:

  • Budi Individu : Bantuan subsidi tunai RM200 sebulan untuk pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak.
  • Budi Agri-Komoditi : Bantuan kepada petani dan penternak bagi meringankan kos bahan api dan operasi pertanian.
  • MySubsidi Diesel : Permohonan bayaran balik sementara bagi pemohon Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang masih menunggu kelulusan “fleet card.”

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUDI MADANI 2025

Syarat kelayakan untuk permohonan adalah mengikut kategori seperti berikut:

  1. Budi Individu
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,00;
    • Kenderaan diesel persendirian dengan cukai jalan yang masih aktif; DAN
    • Kenderaan berdaftar di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad pemilik.
  2. Budi Agri-Komoditi :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berdaftar sebagai petani, penternak, atau pekebun kecil dengan kementerian berkaitan; DAN
    • Menggunakan kenderaan atau jentera pertanian yang sah;
  3. MySubsidi Diesel :
    • Pemohon yang telah mendapat kelulusan awal Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS); DAN
    • Masih menunggu untuk mendapatkan “fleet card.”

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN

Untuk mengemukakan permohonan bantuan, pemohon hendaklah menyediakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad);
  • Salinan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan);
  • Penyata Pendapatan atau Slip Gaji (Jika Ada);
  • Geran Kenderaan bagi Permohonan Budi Individu; DAN
  • Sijil Pendaftaran dengan Kementerian bagi Budi Agri-Komoditi.

PANDUAN REGISTER PROGRAM BANTUAN BUDI MADANI

Panduan lengkap pendaftaran program Budi Madani secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi : https://budimadani.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada pilihan kategori bantuan yang anda ingin membuat permohonan iaitu Budi Individu ATAU Budi Agri-Komoditi.
  3. Setelah pilih kategori bantuan, anda dikehendaki masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap seperti nama penuh, nombor MyKad, nombor pendaftaran kenderaan, dan maklumat akaun bank.
  4. Seterusnya, anda dikehendaki muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dalam format PDF atau JPEG.
  5. Kemudian, pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul.
  6. Klik butang “Hantar.”
  7. Akhir sekali, simpan Nombor Rujukan Permohonan untuk semakan status permohonan nanti.
  8. Selesai.

LOGIN DAN SEMAK STATUS BANTUAN

Panduan lengkap Semakan Status Budi Madani 2025 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Budi Madani: https://budimadani.gov.my
  2. Kemudian, Log Masuk menggunakan nombor MyKad serta kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik ‘Semakan Status’
  4. Status Permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES, atau DITOLAK.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya mengikut tarikh permohonan:

BULAN PERMOHONAN BUDI MADANITARIKH BAYARAN
Januari7 Februari 2025 (Jumaat)
Februari7 Mac 2025 (Jumaat)
Mac11 April 2025 (Jumaat)
April9 Mei 2025 (Jumaat)
Mei6 Jun 2025 (Jumaat)
Jun7 Julai 2025 (Jumaat)
Julai8 Ogos 2025 (Jumaat)
Ogos8 September 2025 (Isnin)
September8 Oktober 2025 (Rabu)
Oktober7 November 2025 (Jumaat)
November5 Disember 2025 (Jumaat)
Disember9 Januari 2026 (Jumaat)

Catatan: Jumlah peruntukan bantuan adalah sebanyak RM200 untuk setiap bulan.

KAEDAH PEMBAYARAN

Bantuan akan diagihkan mengikut kaedah seperti berikut :

  • Pembayaran akan dikreditkan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar.
  • Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara tunai, melalui kaunter perkhidmatan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://budimadani.gov.my/