Bantuan Dalam MyKad 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan RM100 & RM50

Bantuan Dalam MyKad 2025 Fasa 2: Semakan Kelayakan RM100 & RM50

Penambahbaikan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 membolehkan lebih ramai individu layak menerima bantuan barangan keperluan asas yang boleh digunakan di pasaraya terpilih. MyKad digunakan sebagai medium pembayaran, memudahkan penerima untuk membeli barangan keperluan.

Bagaimana cara semakan kelayakan Bantuan Dalam MyKad Fasa 2 2025? Ikuti info lengkap di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN DALAM MYKAD 2025 FASA 2

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tanpa tunai yang disediakan oleh kerajaan daripada Kerajaan, disalurkan melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, barangan persekolahan, dan ubat-ubatan.

Bantuan ini dikreditkan setiap bulan dengan jumlah RM50, RM100, atau RM200, bergantung kepada kelayakan individu dan boleh digunakan oleh penerima untuk pembayaran barangan keperluan asas tersebut di Pasaraya terpilih.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA dalam MyKad:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS PENERIMA SECARA ONLINE DI PORTAL MYKASIH

Semakan bantuan boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

TEMPOH PEMBAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD PENERIMA

Pengagihan bantuan SARA akan diagihkan mengikut bulan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR SAHAJA
(BUKAN berstatus eKasih)
Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 9 Bulan)

TARIKH PENYALURAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih Bulan Februari (FASA 2) masih belum dilaksanakan. Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD FASA 2 2025 (FEBRUARI)

Penyaluran bantuan SARA MyKasih Bulan Februari (FASA 2) HANYA akan disalurkan kepada kategori Penerima STR BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih. Manakala, kategori penerima STR BUKAN Miskin dan Miskin eKasih akan disalurkan bermula April 2025.

KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULAN FEBRUARI
– FASA 2 –

(RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 100
Bujang
(Setiap Individu)
RM 50

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara