Bantuan E-Wallet RM200 Sebulan 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran

Bantuan E-Wallet RM200 Sebulan 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran

Pada tahun ini, kerajaan memperkenalkan Bantuan SARA 2025 sebagai bantuan tanpa tunai (cashless) yang dikreditkan terus ke MyKad penerima. Bantuan ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan barangan keperluan asas melalui elaun bulanan RM200.

Bagaimana cara semakan status kelayakan penerima Bantuan E-Wallet RM200 sebulan? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan tarikh bayaran.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

CARA KREDIT BANTUAN 200 SEBULAN 2025

Bantuan yang bernilai RM200 sebulan yang dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) bukanlah melalui aplikasi e-Wallet. Namun, ianya dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) penerima.

JUMLAH KREDIT BANTUAN E WALLET SEBULAN 2025

Bukan semua penerima akan menerima jumlah kredit yang sama. Namun kerajaan akan mengkreditkan bantuan dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan penerima :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH KREDIT BANTUAN
Penerima Sedia AdaIsi Rumah : RM100 / RM200 sebulan
Warga Emas : RM100 / RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Penerima BaharuIsi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan
Bujang : –

TARIKH KREDIT BANTUAN E WALLET 200 SEBULAN 2025

Pengkreditan Bantuan RM200 sebulan adalah pada tarikh seperti berikut :

PENERIMA
SEDIA ADA
PENERIMA
BAHARU
15 Januari 2025–
Februari 2025–
Mac 2025–
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

*Nota : Tarikh pengkreditan bantuan akan dikemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

PANDUAN SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E WALLET 200 SEBULAN 2025

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM200 sebulan mengikut dua (2) pautan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.