Bantuan E-Wallet RM200 Setiap Bulan: Semakan Kelayakan & Status Penerima

Bantuan E-Wallet RM200 Setiap Bulan: Semakan Kelayakan & Status Penerima

Dengan penggunaan sistem tanpa tunai (cashless) yang semakin meluas, kerajaan menyediakan Bantuan E-Wallet RM200 setiap bulan untuk memudahkan rakyat menerima bantuan secara digital. Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan transaksi tanpa perlu pengeluaran tunai, khususnya bagi golongan yang memerlukan.

Bagaimana cara semakan kelayakan penerima bantuan E-Wallet RM200 setiap bulan? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan status bayaran.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN EWALLET RM200 SETIAP BULAN

Bantuan e-Wallet diperkenalkan bagi meningkatkan penggunaan secara tanpa tunai (cashless) di samping membantu kewangan rakyat. Namun Bantuan RM200 setiap bulan bukanlah dikreditkan melalui e-Wallet tetapi dikreditkan melalui kad pengenalan penerima.

Bagi memudahkan rakyat dari semua tapisan golongan dapat menerima dan menggunakan bantuan secara tanpa tunai (cashless) dengan selamat, kerajaan mengkreditkan bantuan melalui kad pengenalan tanpa sebarang ketirisan.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN

Bantuan RM200 setiap bulan adalah khas kepada individu yang menepati kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori Isi Rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM200 SETIAP BULAN

Bayaran Bantuan RM200 setiap bulan adalah dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
1.15 Januari 2025RM100
2.Februari 2025RM100
3.Mac 2025RM100
4.April 2025RM200
5.Mei 2025RM200
6.Jun 2025RM200
7.Julai 2025RM200
8.Ogos 2025RM200
9.September 2025RM200
10.Oktober 2025RM200
11.November 2025RM200
12.Disember 2025RM200

CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN

Terdapat dua (2) panduan cek status kelayakan penerima Bantuan RM200 setiap bulan, iaitu melalui :

  • Portal Rasmi MyKasih; dan
  • Aplikasi MyKasih.

Berikut merupakan panduan cara cek status kelayakan sebagai penerima Bantuan RM200 setiap bulan :

Panduan Cek Status Di Portal Rasmi :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Panduan Cek Status Di Aplikasi :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.