Semakan Bantuan eKasih RM200 Sebulan 2025: Ketahui Kelayakan & Status Penerima Terkini

Semakan Bantuan eKasih RM200 Sebulan 2025: Ketahui Kelayakan & Status Penerima Terkini

Bermula tahun 2025, bantuan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambah baik untuk membantu golongan isi rumah miskin dalam sistem eKasih. Melalui inisiatif ini, penerima yang layak akan menerima bantuan sehingga RM200 setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakah cara semakan bantuan eKasih RM200 sebulan? Adakah anda layak menerima bantuan ini? Ikuti panduan dan info lengkap semakan status eKasih di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN BANTUAN EKASIH RM200 SETIAP BULAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

AMAUN BANTUAN EKASIH 2025

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar Ekasih
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN EKASIH RM200

Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, peralatan persekolahan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN EKASIH RM200

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status]
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
  4. Kemudian, Klik [Semak Status]
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status]
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul
  5. Klik [Semakan Status]
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai

KATEGORI BARANGAN ASAS YANG DILULUSKAN 2025

erikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

CHECK BAKI KREDIT BANTUAN EKASIH RM200

Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment