Bantuan eWallet RM300: Semakan Online 2025 (One-Off)

Bantuan eWallet RM300 One-Off 2025
Untuk makluman, bantuan eWallet RM300 adalah inisiatif terbaru kerajaan bagi memudahkan transaksi tanpa tunai menggunakan MyKad. Bantuan ini berbeza daripada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, kerana ia disalurkan sebagai bayaran tunai one-off kepada semua penerima STR 2024.

Ingin tahu cara membuat semakan bantuan eWallet RM300 online? Rujuk maklumat lengkap di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/mykasih-sara-2025/

APA ITU BANTUAN EWALLET SARA ONE OFF

SARA One Off adalah bantuan tambahan dalam bentuk tunai yang disalurkan oleh pihak kerajaan Malaysia kepada penerima STR 2024. Untuk makluman, Kerajaan telah mengumumkan mulai tahun 2024, bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah akan disalurkan kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.

Hal ini bermaksud, Sumbangan Asas Rahmah ONE OFF 2024 ini akan diberikan kepada semua penerima STR 2024 dimana yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.

Bagi penerima yang berstatus LULUS Sumbangan Asas Rahmah (SARA), akan mendapat RM 300 bagi Isi Rumah & RM150 bagi Kategori Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan.

BANTUAN EWAILT RM300 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

CARA PERMOHONAN BANTUAN EWALLET ONE OFF

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah lulus.

TARIKH BAYARAN BANTUAN EWALLET SARA ONE OFF

Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.

Kaedah bantuan ini akan disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

JUMLAH BAYARAN

Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIMA STR
BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR
KADAR BANTUAN
SARA ONE OFF
Isi RumahRM 300
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
BujangRM 150

SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF

Penerima yang layak menerima bantuan one-off adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.

Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 seperti berikut:

  1. Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Persoalan atau pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak yang berkuasa dan berwajib dibawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat ini untuk memudahkan urusan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Hotline/ Talian bantuan pihak berkuasa SARA MOF di 03-8882 4565/4566.