Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI 2025: Semakan Kelayakan (RM2,000 & RM1,500 One-Off)

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI 2025: Semakan Kelayakan & Jumlah Bayaran

Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI 2025 untuk membantu pelajar B40 dan M40 dalam persiapan pendaftaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Bantuan ini diberikan secara one-off RM2,000 dan RM1,500 mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara semakan status penerima Bantuan IPT BUDI 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT BUDI 2025

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025

TUJUAN PELAKSANAAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT BUDI

Objektif utama perlaksanaan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Budi adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan keluarga ketika anak memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.
  • Menggalakkan lebih ramai anak Sabah melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Menyediakan bantuan kewangan awal bagi membantu pelajar memperoleh kelengkapan asas untuk pengajian.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Budi mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Berasal dan Beralamat di Negeri Sabah;
  • Kedua Ibu dan Bapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 atau M40;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000;
  • Merupakan Seorang Pelajar dan Berumur Tidak Lebih dari 25 tahun;
  • Melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diiktiraf pada tahun 2025 Sepenuh Masa bagi Kemasukan Kali Pertama ke IPT di seluruh Malaysia dan Luar Negara.

JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT

Kadar Bantuan Budi yang akan diberikan secara one-off adalah seperti berikut:

PERINGKAT PENGAJIANKADAR BANTUAN (RM)
ONE OFF
Pengajian di Peringkat Pengajian Diploma / Asasi dan MatrikulasiRM 1,500
Pengajian di Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana MudaRM 2,000

Bantuan ini hanya diberikan secara one-off iaitu sekali pemberian sahaja.

CARA PEMBERIAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT

Bagi Permohonan yang diluluskan, bayaran secara one-off (sekali bayar) akan disalurkan ke akaun SSPN pemohon melalui PTPTN.

DAFTAR PENGGUNA BARU DI PORTAL BUDI

Sekiranya anda pengguna baharu, pendaftaran di Portal Bantuan Budi Sabah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Budi Sabah di pautan :
    https://budi.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Budi Sabah akan dipaparkan.
  3. Klik pada bahagian [Permohonan]
  4. Kemudian Tekan [Daftar] untuk Pendaftaran Pengguna Baru.
  5. Masukkan Maklumat Lengkap seperti:
  6. Nama Penuh;
  7. No MyKad Pemohon Tanpa (-); dan
  8. Alamat e-Mel.
  9. Pastikan Maklumat adalah Benar dan Tepat
  10. Cipta Kata Laluan dan Kemudian Klik [Daftar] untuk sahkan pendaftaran.
  11. Kemudian, Pendaftaran Pengguna Baru telah berjaya didaftarkan.
  12. Selesai.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT 2025

Permohonan Bantuan Budi tahun 2025 boleh dilakukan mengikut tarikh berikut:

PERMOHONANTARIKH
Tarikh Buka Permohonan10 Mac 2025
Tarikh Tutup Permohonan31 Mac 2025

DAFTAR PENGGUNA BARU DI PORTAL BUDI

Sekiranya anda pengguna baharu, pendaftaran di Portal Bantuan Budi Sabah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Budi Sabah di pautan :
    https://budi.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Budi Sabah akan dipaparkan.
  3. Klik pada bahagian [Permohonan]
  4. Kemudian Tekan [Daftar] untuk Pendaftaran Pengguna Baru.
  5. Masukkan Maklumat Lengkap seperti:
  6. Nama Penuh;
  7. No MyKad Pemohon Tanpa (-); dan
  8. Alamat e-Mel.
  9. Pastikan Maklumat adalah Benar dan Tepat
  10. Cipta Kata Laluan dan Kemudian Klik [Daftar] untuk sahkan pendaftaran.
  11. Kemudian, Pendaftaran Pengguna Baru telah berjaya didaftarkan.
  12. Selesai.

CARA MOHON BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT

Permohonan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Budi boleh dimohon secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Budi Sabah di pautan :
    https://budi.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Budi Sabah akan dipaparkan.
  3. Klik pada bahagian [Permohonan]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan [Kata Laluan] yang telah didaftar.
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Isikan Maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  7. Muat Naik [Dokumen Salinan/Sokongan] Permohonan yang diperlukan seperti:
  8. Salinan Surat Beranak (Pemohon & ibu dan bapa);
  9. Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu dan bapa);
  10. Slip Gaji ibu dan bapa/Surat Pengesahan Bekerja;
  11. Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT); dan
  12. Surat Pengesahan Kemasukan daripada Institusi Pengajian pemohon.
  13. Kemudian Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses permohonan.
  14. Permohonan Berjaya dihantar.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) Jabatan Ketua Menteri dibawah ini.

  • Talian Perkidmatan Bantuan : 088-369872 / 088-369164 / 088-369897 / 088-369890
  • Portal Rasmi Budi Sabah : https://budi.sabah.gov.my/

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://budi.sabah.gov.my/#termadansyarat/