Bantuan Khas Kewangan RM500: Semak Status Kelayakan Penerima Bayaran
Berita baik untuk Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Malaysia! Kerajaan telah mengumumkan pemberian bonus Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 dan RM250 yang akan diagihkan bermula Februari 2025. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat Malaysia.
Bagaimana cara semak status kelayakan penerima Bantuan Khas Kewangan RM500? Ikuti info lanjut di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN
Bantuan Khas Kewangan (BKK) ialah bantuan/bonus yang diberikan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam iaitu pekerja lantikan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam termaksuk kontrak bagi menjalankan tugas dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarat mengikut dasar yang ditetapkan Kerajaan.
JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN 2025
Kadar Bonus/Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kerajaan kepada Penjawat Awam adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Penjawat Awam (Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak) | RM 500 |
Pesara Kerajaan/Veteran Berpencen/Veteran Tidak Berpencen | RM 250 |
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan ini:
- Penjawat Awam:
- Pegawai Perkhidmatan Awam Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan kebawah;
- Pegawai latikan Tetap, Sementara dan lantikan Kontrak;
- Pegawai yang BERCUTI Gaji Penuh/Separuh Gaji/TANPA Gaji;
- Personel MYSTEP yang masih berkhidmat pada 25 Febuari 2025;
- Guru Interim;
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Pegawai Gred Utama B dan Utama A ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatanya; dan
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
- Pesara
- Pesara Kerajaan Malaysia;
- Veteran Berpencen dan Tidak Berpencen (Bayaran akan dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV); dan
- Pesara Kerajaan dan Veteran yang dialntik semula secara tetap yang masih berkhidmat pada 25 Febuari 2025.
TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2025
Penyaluran Bantuan Khas Kewangan (BKK) kerajaan 2025 seperti berikut:
JENIS BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Bonus Bantuan Khas Kewangan (BKK) | 25 Februari 2025 (Selasa) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Khas Kewangan (BKK), anda boleh rujuk pihak berwajib dibawah ini.
- Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam: https://www.jpa.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://pahang.anm.gov.my/images/JANM/AO/Pahang/02-Berita/2025/EDARAN_BULETIN_BKK_TAHUN_2025.pdf