Semak Kelayakan Bantuan MyKasih 2025: Semakan Status & Syarat Kelayakan Penerima
Bantuan MyKasih 2025 telah mula diagihkan kepada 700,000 penerima, dengan pengagihan seterusnya melibatkan 5.4 juta penerima bermula April ini. Bantuan ini menyediakan bantuan tunai antara RM50 hingga RM200 sebulan, bergantung pada syarat kelayakan penerima.
Ingin tahu sama ada anda layak? Ikuti panduan lengkap cara semak kelayakan Bantuan MyKasih secara online di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) kriteria kelayakan penerima Bantuan MyKasih pada tahun 2025, iaitu :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH AGIHAN BANTUAN MYKASIH MENGIKUT KELAYAKAN 2025
Oleh kerana terdapat dua (2) kriteria kelayakan penerima, Bantuan MyKasih juga diberikan berdasarkan kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 & RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM100 & RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun |
BUJANG | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN MYKASIH |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda menerima Bantuan MyKasih, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Panduan Semakan Kelayakan Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Kelayakan Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) diagihkan kepada penerima yang layak secara ansur berperingkat setiap bulan melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima khas untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai dengan menggunakan kad pengenalan (IC) sahaja.
JADUAL AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2025
Agihan Bantuan MyKasih adalah dijadualkan seperti tarikh berikut :
TARIKH AGIHAN | PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
15/01/2025 01/02/2025 01/03/2025 | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | – |
01/04/2025 01/05/2025 01/06/2025 01/07/2025 01/08/2025 01/09/2025 01/10/2025 01/11/2025 01/12/2025 | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.