BANTUAN MYKAD RM200 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN & PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK SECARA ONLINE
Sebanyak 700,000 Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh negara layak menerima Bantuan SARA RM200 setiap bulan yang dikreditkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) sepanjang tahun 2025. Bantuan ini bertujuan meringankan kos sara hidup dan disalurkan secara automatik kepada penerima yang layak.
Adakah anda termasuk dalam senarai penerima bantuan ini? Ketahui cara semakan status kelayakan Bantuan MyKad RM200, sama ada anda layak atau tidak, melalui panduan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKAD 200 2025
Bantuan MyKad yang bernilai RM200 diberikan khas kepada penerima yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD 200 2025
Pengkreditan Bantuan MyKad yang bernilai RM200 adalah dijadualkan seperti berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 01/04/2025 (Selasa) | RM200 |
2. | 01/05/2025 (Khamis) | RM200 |
3. | 01/06/2025 (Ahad) | RM200 |
4. | 01/07/2025 (Selasa) | RM200 |
5. | 01/08/2025 (Jumaat) | RM200 |
6. | 01/09/2025 (Isnin) | RM200 |
7. | 01/10/2025 (Rabu) | RM200 |
8. | 01/11/2025 (Sabtu) | RM200 |
9. | 01/12/2025 (Isnin) | RM200 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Ketahui status anda layak atau tidak terima Bantuan MyKad sebanyak RM200 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKAD 2025
Baki yang ada dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025
Kegunaan Bantuan MyKad adalah khas untuk pembelian barangan berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.