Bantuan MyKad 2025 RM2,100: Semakan Kelayakan & Bayaran B40

Bantuan MyKad 2025 RM2,100: Semakan Kelayakan & Bayaran

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan MyKad 2025 bagi memastikan rakyat menerima bantuan tanpa tunai (cashless). Inisiatif ini bertujuan membantu golongan B40 dalam memenuhi keperluan asas dengan jumlah bantuan sehingga RM2,100. Dana ini dikreditkan terus ke MyKad penerima untuk kegunaan yang ditetapkan.

Bagaimana cara semakan status kelayakan Bantuan MyKad RM2,100? Rujuk info lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan status bayaran.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN MYKAD 2025 RM2100

Bantuan MyKad adalah diperkenalkan sebagai bantuan tambahan di bawah program MyKasih rasminya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas terutamanya golongan kurang kemampuan.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD 2025 RM2100

Pembayaran Bantuan MyKad yang bernilai RM2,100 adalah secara ansur mengikut tarikh berikut :

BIL.TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
1.15 Januari 2025RM100
2.Februari 2025RM100
3.Mac 2025RM100
4.April 2025RM200
5.Mei 2025RM200
6.Jun 2025RM200
7.Julai 2025RM200
8.Ogos 2025RM200
9.September 2025RM200
10.Oktober 2025RM200
11.November 2025RM200
12.Disember 2025RM200
=RM2,100

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025 RM2100

Bantuan MyKad yang bernilai RM2,100 adalah khas kepada isi rumah yang memenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025

Penerima perlu menggunakan Bantuan MyKad untuk pembelian barangan berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025 RM2100

Terdapat dua (2) pautan rasmi yang boleh diakses untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKad bernilai RM2,100, iaitu :

  • Portal Rasmi MyKasih; dan
  • Portal Rasmi STR.

Ikuti kedua-dua panduan semakan status berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.