Bantuan MyKad Fasa 2 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran RM100/RM50
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah ditambah baik dengan peruntukan lebih tinggi bagi Kategori Isi Rumah. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad bagi memudahkan penerima membeli barangan keperluan asas di pasaraya terpilih di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Bagaimana cara menyemak status kelayakan Bantuan MyKad Fasa 2 2025? Rujuk panduan lengkap di bawah untuk maklumat terkini mengenai bayaran RM100 dan RM50.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU BANTUAN MYKAD
Bantuan MyKad ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKad penerima, khusus untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih di pasar raya terpilih.
Bermula tahun 2025, bantuan bulanan tanpa tunai melalui MyKad ini akan turut disalurkan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan tambahan.
Bantuan ini akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima dengan jumlah sebanyak RM50, RM100, atau RM200 bergantung kepada kategori kelayakan penerima.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA dalam MyKad Fasa 2 Februari 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
CARA SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025 FASA 2 SECARA ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN MYKAD 2025
Penyaluran bantuan MyKasih Bulan Februari HANYA akan disalurkan kepada kategori Penerima STR BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih. Manakala, kategori penerima STR BUKAN Miskin dan Miskin eKasih akan disalurkan bermula April 2025.
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
JADUAL TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKAD
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) | Bulan Januari : 15 Januari 2025 Bulan Februari: Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) | Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan |
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara